Page 6 - PRE-U STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN TERM 2
P. 6

Pengajian Perniagaan Penggal 2  STPM  Bab 2 Aspek Perundangan Perniagaan
                                                        dan perkhidmatan di samping mengingatkan
                                                        pengguna tentang sesuatu jenama. Kenyataan dalam
                                                        iklan  bukan  satu  tawaran  tetapi  hanya  pelawaan
                                                        tawaran.
                                                   (iii)  Peragaan barang di kedai layan diri
                                                        Bermaksud meletakkan barang pada  rak-rak di
                                                        dalam  kedai-kedai  terutama pasar  raya. Biasanya
                                                        barang-barang ditandakan dengan harga. Pelanggan
                                                        perlu memilih dan membawa sendiri barang yang
           BAB                                          diingininya serta membawanya ke kaunter bayaran.

          2                                             Tindakan memperagakan barangan hanyalah satu
                                                        pelawaan tawaran.
                                                   (iv)  Jualan melalui katalog
                                                        Merupakan satu pelawaan tawaran dan bukan
                                                        tawaran.

                                            3  Sebab-sebab penamatan tawaran:
                                               (a)  Pembuat tawaran membatalkan tawaran sebelum
                                                   wujud penerimaan tetapi bukan selepasnya. Contohnya
                                                   X membuat tawaran untuk membeli rumah Y dan
                                                   memberinya masa sebulan untuk menerima tawaran
                                                   tersebut. Dalam jangka masa tersebut, X telah
                                                   membatalkan tawarannya. X berhak membatalkan
                                                   tawarannya tersebut pada bila-bila masa sebelum
                                                   penerimaan dibuat.
                                               (b)  Penolakan tawaran oleh penerima tawaran. Penolakan
                                                   menjadikan tawaran itu tidak wujud lagi. Contohnya,
                                                   Puan Sham membuat tawaran kepada Cik Ann
                                                   mengatakan dia ingin membeli keretanya pada harga
                                                   RM20 000. Puan Ann membalas dengan mengatakan
                                                   dia tidak berminat untuk menjual keretanya tersebut.
                                                   Oleh sebab belum wujud kontrak yang sah, tawaran Puan
                                                   Sham ditolak oleh Cik Ann.
                                               (c)  Luputnya tarikh. Tawaran juga akan berakhir dengan
                                                   luputnya tempoh yang ditetapkan. Ini bermakna jika
                                                   penerimaan tidak dibuat dalam tempoh masa yang
                                                   ditetapkan, tawaran akan tamat secara automatik.
                                                   Sekiranya tempoh tawaran tidak dinyatakan, tawaran
                                                   akan luput mengikut tempoh waktu yang munasabah.
                                               (d)  Kematian atau ketidaksiuman pencadang. Tawaran juga
                                                   akan tamat jika pembuat tawaran mati atau menjadi
                                                   tidak siuman dan diketahui oleh penerima tawaran
                                                   sebelum penerimaan dibuat.



               94





         02 PraU Pnigan P2.indd   94                                                                   07/12/2018   9:58 AM
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11