Page 4 - PRE-U STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN TERM 2
P. 4
Pengajian Perniagaan Penggal 2 STPM Bab 2 Aspek Perundangan Perniagaan
2.1 Undang-undang Kontrak
1 Undang-undang kontrak di Malaysia berasaskan “common
law” dan dikawal oleh Akta Kontrak 1950 (pindaan 1974)
bersama beberapa provisi dalam Akta Relief Spesifik 1950.
2 Akta Kontrak 1950 melalui Seksyen 2(h) mentakrifkan kontrak
Hasil Pembelajaran ialah satu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-
undang. Maksud boleh dikuatkuasakan (enforceable) adalah
Mentakrifkan Akta Kontrak
BAB 1950 (termasuk pindaan). perjanjian yang mengikat antara pihak-pihak berkontrak dan
boleh diambil tindakan mahkamah.
2
3 Undang-undang kontrak melibatkan dua pihak, iaitu pihak
yang memberi tawaran dengan pihak yang menerima
tawaran, bergantung kepada syarat-syarat atau terma yang
dipersetujui dan dikuatkuasakan oleh undang-undang.
Di bawah akta ini, sesuatu kontrak yang sah dan boleh
dikuatkuasakan di sisi undang-undang hanya akan terbentuk
apabila ia mengandungi semua elemen-elemen seperti
tawaran, penerimaan, balasan, niat, kerelaan, keupayaan,
dan ketentuan.
4 Jika salah satu daripada elemen-elemen ini tidak wujud,
kontrak tersebut mungkin hanya akan wujud sebagai kontrak
boleh batal (voidable contract) ataupun perjanjian terbatal
(void agreement). Contohnya, jika A bersetuju menjual kereta
kepada B dengan harga RM60 000, B bersetuju membeli
dan membayar jumlah kereta tersebut. Oleh itu wujud satu
kontrak antara A dengan B.
Hasil Pembelajaran 2.1.1 Elemen-elemen Kontrak
Menjelaskan elemen-elemen 1 Enam elemen yang membolehkan sesuatu perjanjian
kontrak iaitu tawaran,
penerimaan, balasan, niat, dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah:
ketentuan, dan keupayaan. (a) Tawaran/Cadangan oleh seseorang yang ditujukan kepada
seseorang lain.
Elemen-elemen kontrak (b) Penerimaan oleh pihak yang ditujukan tawaran
(c) Balasan yang sah dan bernilai
Tawaran Balasan Ketentuan (d) Niat untuk saling mengikat di sisi undang-undang
(Offer) (Consideration) (Certainty)
(e) Ketentuan
(f) Keupayaan pihak-pihak yang terbabit untuk memasuki
Penerimaan Niat Keupayaan
(Acceptance) (Intention to (Legal kontrak
create legal capacity)
relation)
92
02 PraU Pnigan P2.indd 92 07/12/2018 9:58 AM

