Page 10 - Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah
P. 10

Sejarah Penggal 1  STPM  Bab 1 Masyarakat
                                              (i)  Menurut baginda,  undang-undang  adalah  bersumberkan
        BAB                                       kedudukan suci raja.
                                              (ii)  Semua institusi pemerintahan seperti parlimen, gereja, dan
       1
                                                  mahkamah diwujudkan untuk berkhidmat kepada raja
                                                  bukannya berkongsi kekuasaan dengan raja
                                          (c)  Mewujudkan corak pemerintahan raja berkuasa mutlak di England.
                                      15  Raja James I merasakan wujud pembatasan kepada kuasa raja apabila
                                          terdapat dua dewan, iaitu Dewan Parlimen dan Dewan Rakyat. Kedua-
                                          dua dewan ini mempunyai kuasa tentang cukai dan undang-undang.
                                      16  Raja James I menggunakan sistem kewangan yang mengguna pakai
                                          sistem sedia ada, iaitu pendapatan tetap yang diterima daripada harta
                                          dan kutipan diraja, cukai kastam, dan sebagainya. Manakala, cukai tanah
                                          dan lain-lain ditetapkan oleh parlimen.
                                      17  Keadaan tersebut menyebabkan Raja James I perlu merayu kepada
                                          parlimen untuk mendapatkan peruntukan tambahan namun permintaan
                                          baginda tidak dilayan oleh parlimen. Keengganan parlimen ini telah
                                          menyebabkan Raja James I bertindak menggunakan kuasa mutlaknya
                                          dengan menaikkan cukai kastam, memberi kuasa monopoli yang
                                          menganggu kebebasan perdagangan, dan menjual haknya.
                                      18  Parlimen  menentang  tindakan  tersebut  namun  hanya  mengundang
                                          kemarahan Raja James I. Baginda telah menangkap dan memenjarakan
                                          mereka yang lantang menentangnya.
                                      19  Putera Raja James I, iaitu Raja Charles I juga menjalankan pemerintahan
                                          seperti ayahandanya. Raja Charles I mendapati sukar mendapatkan
                                          peruntukan tambahan daripada parlimen. Tindakan Raja Charles I:
                                          (a)  Memaksa penduduk memberi sagu hati kepada baginda.
                                          (b)  Mana-mana rakyatnya yang enggan akan dipenjarakan.
                                          (c)  Bagi mana-mana ahli parlimen yang membantah akan ditahan dan
              Foto 1.4 Raja Charles I
                                              tentera juga diletakkan di sekeliling rumah mereka.
           Pengisytiharan Hak         20  Tindakan Raja Charles I mendorong parlimen mengadakan persidangan
           melindungi rakyat dalam soal:   dan memaksa Raja Charles I menandatangani Pengisytiharan Hak pada
           •  Hak perseorangan            tahun 1628.
           •  Hak memiliki harta benda
                                      21  Pengisytiharan  ini  bertujuan  untuk  melindungi  rakyat  daripada
                                          kekuasaan raja terutamanya dalam soal hak memiliki harta benda dan
                                          hak perseorangan. Syarat  Pengisytiharan Hak:
                                          (a)  Raja  tidak  akan  menggunakan  angkatan  tentera  diraja  untuk
                                              kepentingan sendiri.
                                          (b)  Raja tidak akan memenjarakan rakyat tanpa sebab.
                                          (c)  Raja tidak akan memungut cukai tanpa kebenaran parlimen.
                                      22  Namun, Raja Charles I tidak menerima syarat tersebut. Baginda tegas
                                          dengan pendiriannya bahawa raja yang memerintah mempunyai kuasa
                                          penuh untuk menjalankan urusan pentadbiran terutama dalam soal
                                          percukaian.
                                      23  Ahli parlimen yang tidak berpuas hati dengan pendirian Raja Charles
                                          I telah mengadakan persidangan pada bulan Jun 1629 dan membuat
                                          kecaman hebat terhadap Raja Charles I.



            8






      Bab 01   8                                                                                     3/27/18   11:33 AM
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15