Page 14 - PRE-U STPM GEOGRAFI TERM 2
P. 14

Geografi Penggal 2  STPM  Bab 13 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia

                                                                                     Galeri Info
                                                           Amerika                   Tanda-tanda awal El Niño
                       Asia                                 Utara                    •  Peningkatan tekanan
                                                                                       permukaan di lautan India,
                                                                                       Indonesia, dan Australia.
                                          Angin Timuran kuat                         •  Penurunan tekanan udara di
                                                                                       Tahiti dan tengah dan timur
                                                                                       Lautan Pasifi k.
                                   Asia                                              •  Angin pusat di Pasifi k
                                 Tenggara                           Amerika            selatan timur menjadi lemah
 BAB                                                                 Selatan           dan menuju ke timur.    BAB
 13                                                  Lautan Pasifik                                           13


                                Australia




                                  Peta 13.1  Keadaan angin timuran kuat
                   6  Arah tiupan angin lazim ini menyebabkan wap air yang tersejat
                     dibawa oleh Angin Timuran ini lalu menurunkan hujan yang

                     banyak di kawasan barat Lautan Pasifik seperti Asia Tenggara, Papua
                     New Guinea, dan Australia.
                   7  Di kawasan timur Lautan Pasifik seperti kawasan barat Amerika Selatan

                     seperti Peru, Ecuador, dan Chile pula mengalami musim kemarau.
                  8  Keadaan tekanan udara di Lautan Pasifik mengalami perubahan semasa

                     berlakunya fenomena El Niño.
                  9  Semasa El Niño, pola angin lazim mengalami perubahan. Angin Timuran
                     yang kuat bertukar menjadi lemah disebabkan sistem tekanan rendah di
                     Australia dan kepulauan Papua New Guinea digantikan dengan tekanan
                     tinggi yang lemah.
                  10  Di bahagian timur Lautan Pasifik tekanan juga menjadi rendah dan

                     mempengaruhi kewujudan Angin Baratan yang lebih kuat berbanding
                     Angin Timuran.

                  11  Keadaan ini menyebabkan air panas bergerak ke timur Lautan Pasifik di
                     pantai Ecuador, Peru, dan Chile di Amerika Selatan dan menyebabkan
                     hujan lebat turun di kawasan ini.

                  12  Di bahagian barat Lautan Pasifik seperti Asia Tenggara, Australia, dan
                     Papua New Guinea pula mengalami kemarau yang sepatutnya menerima
                     hujan lebat pada waktu ini.
                  13  Perubahan pola angin lazim ini juga dikaitkan dengan  ENSO
                     (El Niño Southern Oscillation), iaitu percantuman antara El Niño dengan
                     putaran selatan.
                  14  Percantuman ini menyebabkan kuasa  El Niño meningkat.                    INFO
                     Kejadian ENSO ini berkait dengan perubahan suhu permukaan        Rujuk laman web yang
                     laut dan keadaan atmosfera hingga mampu mengubah haluan angin.   berikut untuk mendapatkan
                  15  Menurut  Hukum Boyle, apabila suhu permukaan laut meningkat,    maklumat lanjut tentang
                                                                                      ENSO:
                     tekanan udara sekitar akan menjadi rendah. Keadaan ini menyebabkan   •  en.wikipedia.org/wiki/
                     angin dari kawasan tekanan tinggi masuk ke kawasan tekanan rendah.    El-Niño-Southern_
                  16  Oleh itu, ENSO telah mengubah pola tiupan Angin Timur Laut        Oscillation
                     dari laut ke darat dan dari darat ke laut.



                                                                                                        63





         A 13 Pra_U STPM Geo T2.indd   63                                                              11/14/18   11:17 AM
   9   10   11   12   13   14   15   16