Page 9 - PRE-U STPM GEOGRAFI TERM 2
P. 9
Geografi Penggal 2 STPM Bab 13 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia
(d) Aktiviti luar rumah dan sosial
(i) Aktiviti harian penduduk akan terganggu akibat banjir.
Banjir menyebabkan sekolah terpaksa ditutup, perkhidmatan
kesihatan, pejabat pos, dan hiburan turut tidak berfungsi.
(ii) Di samping itu, aktiviti riadah seperti berlari, memancing, dan
berkelah turut terjejas.
(e) Aktiviti pelancongan
Semasa kejadian banjir, kedatangan pelancong asing merosot.
Pelancong dari negara-negara Eropah dan Jepun datang ke Malaysia
BAB bertujuan untuk mendapatkan pancaran matahari dan berjemur di BAB
13 pantai seperti di Pantai Teluk Cempedak, Pantai Batu Buruk, Pantai 13
Chendering, dan Pantai Tanjung Rhu.
(f) Aktiviti perindustrian
Aktiviti menjemur keropok, kerepek, ikan kering, belacan,
dan batik tidak dapat dijalankan. Aktiviti ini memerlukan pancaran
matahari yang banyak bagi proses pengeringan. Selain itu, bekalan
bahan mentah seperti ikan untuk dijadikan keropok, belacan, dan
ikan kering berkurangan kerana pada musim tengkujuh nelayan
tidak dapat turun ke laut.
Kemarau
1 Kemarau merujuk keadaan kering dan panas tanpa hujan bagi tempoh
masa yang panjang.
2 Kemarau juga bermaksud jumlah sejatpeluhan melebihi jumlah
kepanasan untuk suatu jangka masa yang panjang atau lama bagi
sesebuah kawasan.
3 Kemarau terbahagi kepada empat jenis, iaitu kemarau kekal, bermusim,
kontingen, dan kemarau tidak nyata.
4 Kemarau memberi kesan terhadap manusia. Antara kesannya ialah
terhadap aktiviti pertanian, perindustrian, penternakan, akuakultur,
pengangkutan, dan pelancongan.
(a) Aktiviti pertanian
(i) Musim kemarau yang melanda sesebuah kawasan menye-
babkan kemusnahan kawasan pertanian, terutamanya
penanaman padi. Contohnya, kemarau yang berpanjangan
di Wilayah Indramayu dan Cirebon Indonesia pada
Jun 2006 telah menyebabkan sekurang-kurangnya 30 000
hektar sawah padi musnah.
(ii) Tinjauan mendapati petani mengalami kerugian kira-
kira Rp 1 juta (RM400) hingga Rp 3 juta (RM1 300)
setiap hektar bergantung kepada usia padi kerana kos
pengolahan sawah ketika ini meningkat menjadi
Rp 800 000 (RM320) sehektar, sementara kos menanam pula
mencapai Rp 200 000 (RM80) sehektar.
(b) Aktiviti perindustrian
(i) Kekurangan air di empangan seperti Empangan Semenyih,
Empangan Klang Gate, Empangan Durian Tunggal, dan
Empangan Pedu turut menjejaskan aktiviti perindustrian.
58
A 13 Pra_U STPM Geo T2.indd 58 11/14/18 11:17 AM

