Page 13 - PRE-U STPM GEOGRAFI TERM 2
P. 13

Geografi Penggal 2  STPM  Bab 13 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia
                                           4  El Niño membawa maksud “anak Christ”. Nama ini diberikan oleh
                                             nelayan di Peru. Hal ini disebabkan berlaku pemanasan air laut yang
                                             luar biasa di Pantai Peru dan kejadian ini berlaku pada musim Krismas.
                                           5  Bagi ahli sains, El Niño merujuk edaran air laut yang panas ke kawasan
                                             pantai barat Amerika Selatan, terutamanya di Pantai Ecuador dan Peru.
                                           6  El Niño juga dikenal sebagai Ayunan Selatan yang mengganggu pola
                                             angin biasa sehingga berlakunya pemisahan arus panas dan arus sejuk
                        INFO                 oleh zon perubahan suhu secara beransur-ansur yang dikenal sebagai
                Rujuk laman web yang berikut   termoklin.
           BAB  untuk mendapatkan maklumat                                                                                                                                                                                 BAB
                lanjut tentang fenomena     7  Kesan gangguan atmosfera ini menyebabkan berlaku peningkatan suhu

         13     El Niño dan La Niña:         Lautan Pasifik dan gangguan kepada pola tiupan angin lazim.                                                                                                                  13
                •  www.livescience.        8  Angin timuran yang sepatutnya membawa hujan telah menjadi kering
                  com/46486_explainer_el-    dan berudara kering (dry air).
                  nino-and_la_nina.html
                                           9  Kawasan yang sepatutnya kering menerima kadar hujan yang lebat, udara
                                             lembab dan banjir. Kawasan ini dikenal kesan fenomena La Niña.
                                          10  La Niña dalam bahasa Sepanyol bermaksud kanak-kanak perempuan
                                             atau anak gadis.
                                          11  Semasa kehadiran  La Niña, berlaku penurunan suhu antara
                                             3°C – 5°C daripada takat suhu normal, iaitu 27°C.
                                          12  Berlaku pergerakan angin dari lautan yang berkelembapan tinggi
              El Niño merujuk kemarau,       ke arah daratan yang berkelembapan rendah yang membawa hujan lebat
              manakala La Niña merujuk       di kawasan tekanan udara rendah.
              banjir.
                                          13  Fenomena kejadian  El Niño telah dikesan berlaku pada tahun 1901,
                                             1905, 1940, 1944, 1965, 1972, 1973, 1982 – 1983, 1989 – 1990,
                                             1991 – 1992, 1994 – 1995, dan 1997 – 1998.
                                          14  Ahli-ahli sains berpendapat, kejadian  El Niño pada tahun
                                             1997 – 1998 merupakan kejadian terburuk pernah berlaku bagi tempoh
                                             100 tahun.
                                          15  Di Malaysia, El Niño  terburuk yang pernah berlaku ialah pada tahun 1982
                                             dan 1983, apabila berlakunya kemarau dan musim panas yang panjang.
                                          16  Mengikut kajian,  El Niño mempunyai tiga bentuk, iaitu lembut,
                                             sederhana, dan kuat yang berlangsung dalam tiga fasa, iaitu permulaan
                                             (on set), kematangan (mature), dan kemerosotan (decay).

                                         Mekanisme Kejadian El Niño dan La Niña

                                           1  Umumnya, kawasan tropika terdedah kepada pancaran matahari yang
                                             banyak. Keadaan ini menyebabkan kawasan tropika merupakan kawasan
                                             tekanan udara rendah.
                                           2  Keadaan ini berlaku apabila matahari menghampiri kawasan Garisan
                                             Jadi di Utara Australia dan Papua New Guinea pada bulan November
                                             dan Disember.
                                           3  Pada bulan November dan Disember, udara dari kawasan tekanan tinggi
                                             (subtropika) akan bertiup masuk ke kawasan tekanan rendah (tropika).
                                          4  Keadaan ini mewujudkan Pergerakan Angin Timuran yang bertiup dari
                                             arah timur Lautan Pasifik ke arah barat Lautan Pasifik yang mempunyai


                                             tekanan rendah.
                                          5  Angin ini merupakan angin lazim di kawasan Lautan Pasifik sebelum

                                             berlaku gangguan El Niño.

               62





         A 13 Pra_U STPM Geo T2.indd   62                                                              11/14/18   11:17 AM
   8   9   10   11   12   13   14   15   16