Page 10 - PRE-U STPM GEOGRAFI TERM 2
P. 10

Geografi Penggal 2  STPM  Bab 13 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia
                        (ii)  Industri perkilangan, terutamanya industri elektronik seperti
                             kilang Alps, Inteks, dan Seagate memerlukan sumber bekalan
                             air yang banyak dalam operasinya.
                        (iii)  Kekurangan bekalan air menjejaskan kapasiti pengeluaran
                             seperti di Seberang Prai, Shah Alam, dan Klang.
                     (c)  Aktiviti penternakan
                        (i)   Kemarau yang berpanjangan menyebabkan kapasiti isi padu
                             air dalam ekosistem semakin berkurangan.
                        (ii)  Sumber air amat diperlukan bagi aktiviti penternakan binatang
 BAB                         ternak seperti lembu, kambing biri-biri, dan kerbau di padang                     BAB
 13                          ragut sebagai sumber air minuman.                                                13
                        (iii)  Sumber air hujan juga perlu bagi menggalakkan
                             pertumbuhan rumput di padang ragut sebagai sumber
                             makanan binatang ternakan seperti di Dataran Kelantan,
                             Dataran Kedah, dan Dataran Perlis.
                     (d)  Aktiviti akuakultur
                        (i)   Kemarau yang berpanjangan menjejaskan ekosistem akuatik
                             seperti tasik, kolam, paya, dan sungai seterusnya mengganggu
                             aktiviti akuakultur di ekosistem akuatik tersebut.
                        (ii)  Aktiviti akuakultur seperti menternak ikan patin, tilapia,
                             udang harimau, lampam, dan jelawat terjejas teruk dise-
                             babkan kekurangan sumber  air.  Contohnya, penternakan
                             udang harimau di kolam ternak Kerpan, Kedah.
                        (iii)  Selain  memberi  kesan  terhadap  penternakan  ikan  dalam
                             sangkar seperti ikan patin dan tilapia di Sungai Pahang,
                             kekurangan sumber air ini menyebabkan kerugian beribu-ribu
                             ringgit kepada penternak ikan.
                     (e)  Aktiviti pengangkutan
                        (i)   Sistem perhubungan dan pengangkutan  melalui sungai
                             mengalami masalah yang serius akibat kemarau.
                        (ii)  Kuantiti isi padu air sungai amat bergantung kepada
                             jumlah hujan yang diterima.
                        (iii)  Kekurangan hujan menyebabkan isi padu air sungai
                             menjadi cetek dan sukar dimudiki. Contohnya, kesan kemarau
                             berpanjangan di tempat-tempat di hulu Sungai Pahang seperti
                             Kampong Bantal di Ulu Tembeling, Jerantut gagal dihubungi
                             oleh pengangkutan air.
                        (iv)  Ini menyebabkan penduduk di Ulu Tembeling, Jerantut terputus
                             bekalan makanan disebabkan kesukaran pengangkutan.
                     (f)  Aktiviti pelancongan
                        (i)   Kemarau yang melanda turut menjejaskan kedatangan
                             pelancong ke sesebuah negara, contohnya Malaysia.
                        (ii)  Cuaca panas yang melampau menyebabkan kehilangan air
                             badan yang banyak. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak
                             selesa kepada para pelancong.
                        (iii)  Kemarau juga menyebabkan gangguan kepada sistem
                             pengangkutan air yang menjadi tarikan kepada pelancong,
                             misalnya ke Taman Negara, Pahang.




                                                                                                        59





         A 13 Pra_U STPM Geo T2.indd   59                                                              11/14/18   11:17 AM
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15