Page 12 - PRE-U STPM GEOGRAFI TERM 2
P. 12
Geografi Penggal 2 STPM Bab 13 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia
3 Menjejaskan kemudahan infrastruktur
(a) Taufan turut memusnahkan jalan raya, landasan kereta api,
dan juga bekalan elektrik. Contohnya, beberapa landasan
kereta api utama di China dilaporkan rosak sehingga menyebabkan Galeri Info
ribuan penumpang terkandas akibat Taufan Bilis pada Julai 2006. Kebanyakan puting beliung
(b) Dilaporkan lebih daripada 10 000 pekerja terpaksa dikerah untuk mempunyai angin selaju 175
membaiki kerosakan tersebut. km/j atau kurang dengan
4 Menyebabkan kejadian tanah runtuh lebar 75 meter dan bergerak
beberapa kilometer sebelum
(a) Di kawasan bercerun, Taufan Bilis telah menyebabkan tanah runtuh “lenyap”. Sesetengah puting
BAB di daerah Fujian, China. beliung mempunyai angin BAB
13 (b) Kejadian yang sama berlaku di daerah Gangwan, Korea Selatan selaju 480 km/j dengan lebar 13
melebihi 1.6 km dan boleh
yang menyebabkan kerugian besar kepada penduduk. bergerak sejauh 100 kilometer.
Tornado
1 Tornado atau ribut puting beliung merupakan pusaran udara
yang berbentuk saluran atau gelombang dan bergerak dengan pantas.
2 Proses pembentukannya bergantung kepada kelembapan atau wap air
dalam udara yang membekalkan tenaga untuknya.
3 Pertembungan jisim udara yang sejuk yang lebih kering membentuk
tornado dengan pusaran menjulang di bahagian tengahnya menjadi
jalan keluar kepada udara panas naik ke atas.
4 Kawasan utama tornado dengan purata lima kali setahun yang berlaku Foto 13.3 Siklon tropika
di Amerika Syarikat adalah di Kansas, Iowa, Texas, Arkansas, Oklahomo,
Missouri, Alabama, Mississippi, dan Nebraska.
5 Kemusnahan atau kesan yang dibawa tornado adalah hampir sama
dengan fenomena taufan atau hurikan, iaitu kemusnahan harta benda
seperti rumah, bangunan, kenderaan, hasil tanaman, dan binatang
ternakan. Selain itu, kemudahan infrastruktur turut musnah serta
berlaku kehilangan nyawa. Foto 13.4 Kejadian tornado
6 Di Amerika Syarikat, dianggarkan sebanyak 9 000 orang mati akibat yang berlaku pada 3
tornado dalam tempoh 50 tahun. Mei 1990 di bandar
Oklahoma, Amerika
7 Malah setiap tahun kerugian harta benda dilaporkan antara 200 hingga Syarikat
300 juta dolar.
Fenomena El Niño dan La Niña
13.3 Fenomena El Niño dan La Niña
13.3
Konsep El Niño dan La Niña
STPM ’08/’13/’16
1 El Niño dan La Niña merujuk gangguan atmosfera dan lautan yang
berlaku secara bermusim, iaitu bagi tempoh tiga hingga lima tahun
sekali.
2 Fenomena ini berlaku di selatan Lautan Pasifik yang membawa bencana
alam di seluruh dunia.
3 Gangguan atmosfera kesan fenomena El Niño merujuk kejadian
kemarau yang berpanjangan dan La Niña merujuk kejadian banjir besar.
61
A 13 Pra_U STPM Geo T2.indd 61 11/14/18 11:17 AM

