Page 11 - PRE-U STPM GEOGRAFI TERM 2
P. 11
Geografi Penggal 2 STPM Bab 13 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia
Siklon Tropika (Taufan dan Hurikan)
1 Setiap tahun antara 1 Jun dan 30 November, bencana taufan atau typhoon
pasti mengancam beberapa kawasan di seluruh dunia termasuk negara
Asian seperti Jepun, China, dan Korea.
2 Di rantau lain pula, ribut yang sama dikenal sebagai “taufan” atau “siklon”.
Selain itu, ribut ini turut dikenal dengan pelbagai nama tempatan seperti
hurikan (hurricane), dan willy-willy.
3 Taufan ditakrifkan sebagai enjin haba atau satu sistem tekanan rendah
BAB yang selalunya terbentuk di kawasan tropika. BAB
13 4 Taufan merupakan sejenis ribut yang sangat ganas, membawa 13
hujan lebat, dan memiliki kuasa pemusnah.
5 Kekuatan taufan diukur melalui skala Saffir-Simpson. Terdapat
lima kategori taufan. Kategori pertama ialah kelajuan angin
antara 120 – 153 km/j, kategori kedua 154 – 178 km/j, kategori
ketiga 179 – 209 km/j, kategori keempat 210 – 250 km/j, dan kategori
kelima melebihi 251 km/j.
6 Kawasan utama yang menjadi tumpuan pembentukan dan perkembangan
tropika terletak antara garisan lintang 5° hingga 20° utara dan selatan.
7 Enam kawasan utama yang mengalami kejadian taufan atau
siklon tropika ialah
(a) Laut Karibia
(b) Teluk Mexico
(c) barat laut Pasifik yang meliputi kawasan yang menganjur dari
Filipina hingga ke Laut China
(d) kawasan Lautan Pasifik ke barat Mexico
(e) selatan Lautan Hindi ke timur Pulau Madagascar
(f) utara Lautan Hindi seperti Teluk Benggala dan Laut Arab
’14 STPM Kesan terhadap Manusia
1 Kehilangan nyawa manusia
Petua Pemeriksa (a) Kekuatan dan kelajuan taufan menyebabkan banyak nyawa
Pelajar perlu menghuraikan manusia di kawasan tragedi terkorban. Contoh taufan
kesan siklon tropika terhadap yang mengorbankan banyak nyawa manusia ialah Taufan
aktiviti ekonomi penduduk di Bilis yang berlaku pada 18 Julai 2006 di China yang mengorbankan
kawasan pinggir pantai.
178 nyawa dan yang masih hilang sebanyak 138 orang.
(b) Taufan yang paling banyak menyebabkan nyawa terkorban
ialah taufan kategori kedua (258 km/J) yang berlaku di Bangladesh
pada 13 November 1970 yang mengorbankan kira-kira 200 000
hingga 500 000 orang.
2 Kemusnahan harta benda
(a) Kejadian taufan yang turut membawa hujan lebat telah
menenggelamkan petempatan dan harta benda manusia.
Nyatakan empat kesan siklon (b) Taufan Andrew (1992) yang melanda Florida dan Pantai
terhadap manusia.
Teluk, Amerika Syarikat membawa kemusnahan kira-kira
RM 92.5 billion, tidak termasuk taufan Katrina yang masih belum
dianggarkan jumlah kerugian harta bendanya seperti rumah,
kenderaan, tanaman, dan binatang ternakan.
60
A 13 Pra_U STPM Geo T2.indd 60 11/14/18 11:17 AM

