Page 6 - PRE-U STPM GEOGRAFI TERM 2
P. 6
Geografi Penggal 2 STPM Bab 13 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia
13.1 Pengaruh Cuaca dan Iklim Hasil Pembelajaran
terhadap Aktiviti Ekonomi
terhadap Aktiviti Ekonomi Menjelaskan pengaruh
cuaca dan iklim terhadap
aktiviti manusia
1 Unsur cuaca dan iklim memberi pengaruh yang cukup besar terhadap
aktiviti manusia di seluruh dunia sama ada pengaruh positif ataupun
negatif.
2 Antara aktiviti manusia yang dipengaruhi oleh unsur cuaca
dan iklim ialah seperti perikanan, pertanian, perdagangan,
BAB pelancongan, pengangkutan, perindustrian dan juga pembalakan. BAB
13 Perikanan 13
1 Bagi kawasan beriklim Khatulistiwa, iaitu berada di garis
lintang 0° menerima haba matahari sepanjang tahun dengan
suhu berada antara 27°C – 35°C.
2 Keadaan ini menggalakkan pertumbuhan plankton di dasar
laut sebagai sumber makanan hidupan akuatik seperti ikan, udang, dan
sebagainya.
3 Dikatakan pancaran matahari mampu sampai ke dasar lautan
pada kedalaman 100 meter.
4 Keadaan ini mampu membantu pertumbuhan plankton di Pentas Benua
dan Pentas Sunda di sekitar Laut China Selatan dan Lautan Hindi.
5 Bagi kawasan beriklim sejuk seperti Eropah, Amerika Syarikat, Kanada,
dan Jepun yang mengalami kejadian empat musim, aktiviti perikanan
hanya dijalankan pada musim bunga dan musim panas setiap tahun.
Pada musim luruh dan musim dingin pula laut diliputi oleh ais.
Pertanian
1 Unsur cuaca dan iklim mempengaruhi kepelbagaian jenis tanaman di
seluruh dunia.
2 Bagi kawasan Khatulistiwa atau tropika lembap, kuantiti hujan
tahunan yang tinggi antara 1 500 mm – 2 030 mm setahun
dan suhu yang panas sepanjang tahun, iaitu 27°C menggalakkan pelbagai
aktiviti pertanian.
3 Antara tanaman utama di kawasan tropika lembap ialah seperti padi
sawah, kelapa sawit, getah, lada hitam, nanas, dan sebagainya.
4 Bagi kawasan iklim sederhana sejuk seperti Amerika Utara yang menerima
hujan tahunan sekitar 1 000 mm dan min suhu tahunan sekitar 10°C,
kegiatan penanaman gandum, barli, dan oat sesuai dijalankan. Di Wilayah
Prairie pula dijalankan tanaman bijirin.
Perdagangan
1 Iklim dan cuaca secara tidak langsung mempengaruhi aktiviti
perdagangan di seluruh dunia tanpa mengira sempadan politik.
2 Kawasan Asia Tenggara yang beriklim tropika merupakan pengeksport
utama dunia bagi hasil tanaman seperti getah, kelapa sawit, koko, lada
hitam, nenas, tebu, kopi, dan rempah ratus.
55
A 13 Pra_U STPM Geo T2.indd 55 11/14/18 11:17 AM

