Page 7 - PRE-U STPM GEOGRAFI TERM 2
P. 7
Geografi Penggal 2 STPM Bab 13 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia
3 Tanaman ini mendapat permintaan tinggi dari negara Eropah, Amerika
Utara, China, Jepun, dan Korea Selatan yang beriklim sederhana sejuk.
4 Kawasan beriklim sederhana sejuk seperti Amerika Utara,
Eropah, dan New Zealand merupakan pengeksport utama hasil tenusu,
gandum, dan barli ke pasaran Asia Tenggara.
Pelancongan
1
1 Perbezaan iklim antara kawasan akan mewujudkan pelbagai tarikan
kepada aktiviti pelancongan di seluruh dunia.
BAB 2 Bagi kawasan yang mengalami iklim tropika, iklim panas dan BAB
2
13 lembap sepanjang tahun menggalakkan pertumbuhan hutan 13
hujan tropika yang kaya dengan flora dan fauna seperti Taman Negara
Tahan, Kuala Koh, Endau-Rompin, Mulu, dan Kinabalu yang menjadi
tarikan pelancong dari Eropah, Amerika Utara, dan Jepun.
Foto 13.1 Pantai yang bersih dan 3 Iklim panas sepanjang tahun sesuai untuk aktiviti berjemur di pantai-
indah menjadi tarikan pantai berpasir seperti di Batu Feringghi, Teluk Cempedak, Pantai
pelancong Irama, Pantai Cahaya Bulan, serta pulau-pulau seperti Pulau Tioman,
Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Pangkor, dan Pulau
Sipadan.
4 Udara yang nyaman dan dingin di kawasan tanah tinggi seperti Tanah
Tinggi Cameron, Bukit Fraser, Genting Highlands dan di Kundasang,
Sabah menjadi tarikan utama kepada pelancong.
Bagaimanakah unsur cuaca 5 Bagi kawasan iklim sederhana sejuk, kawasan banjaran gunung yang
dan iklim mempengaruhi
kegiatan pelancongan di diselaputi salji seperti pergunungan Alps dan Rocky menjadi tarikan
Malaysia? kepada aktiviti gelongsor salji, meluncur ais, dan lain-lain.
Pengangkutan
1 Sistem pengangkutan dunia sejak zaman berzaman dipengaruhi
oleh iklim dan cuaca, terutamanya pengaruh tiupan angin dalam
menggerakkan kapal-kapal dagang dari Rom, China, Portugis, dan
sebagainya.
2 Kawasan tropika menerima hujan yang lebat kira-kira 2 600 mm setahun.
3 Isi padu sungai adalah banyak dan menggalakkan aktiviti pengangkutan
dan perhubungan. Contohnya, Sungai Rajang, Sungai Kinabatangan, dan
Sungai Kelantan.
4 Bagi kawasan iklim sederhana sejuk seperti di tasik-tasik besar Ontario
hanya boleh dimudiki pada musim bunga dan musim panas.
Perindustrian
1 Kawasan tropika yang menerima pancaran matahari yang
tinggi sepanjang tahun, iaitu suhu sekitar 27°C menggalakkan pelbagai
aktiviti perindustrian, terutamanya Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
2 Antara IKS yang memerlukan cahaya matahari tinggi ialah industri
Foto 13.2 Industri batik
memerlukan pancaran yang berasaskan makanan seperti ikan kering, keropok, belacan, dan
cahaya matahari yang kerepek serta penjemuran batik yang dijalankan di Pantai Cahaya Bulan,
tinggi Kemaman, Tok Bali, dan Kuala Terengganu.
56
A 13 Pra_U STPM Geo T2.indd 56 11/14/18 11:17 AM

