Page 8 - PRE-U STPM GEOGRAFI TERM 2
P. 8

Geografi Penggal 2  STPM  Bab 13 Kaitan Sistem Atmosfera dengan Manusia

                 Pembalakan

                  1  Iklim di kawasan tropika lembap seperti Malaysia yang menerima
                     hujan lebat sekitar 2 600 mm setahun dan min suhu tahunan
                     tinggi sekitar 27°C menggalakkan pertumbuhan pokok kayu keras
                     dalam hutan hujan tropika seperti cengal, meranti, kapur, kempas,
                     keruing, dan tualang yang hidup subur dan bernilai tinggi bagi pasaran
                     kayu dunia.
                  2  Kawasan iklim sederhana sejuk seperti di New Foundland, Kanada,
 BAB                 aktiviti pembalakan dijalankan pada musim dingin kerana getah                             BAB
 13                  balak membeku dan lapisan salji yang licin digunakan sebagai jalan                       13
                     pengangkutan balak ke kilang.
                   3  Di samping itu, terdapat banyak buruh sambilan yang terdiri dari-
                     pada nelayan-nelayan yang tidak dapat turun ke laut untuk menangkap
                     ikan kerana laut membeku pada musim dingin.

                                                                                      Hasil Pembelajaran
                       13.2 Fenomena Iklim
                       13.2 Fenomena
                                              Iklim
                                                                                      Menghuraikan fenomena
                                                                                      iklim (banjir, kemarau,
                                                                                      siklon tropika, tornado, dan
                 Banjir                                                               El Niño dan La Niña)
                  1  Banjir merujuk limpahan air atau kenaikan aras air sehingga melebihi
                     daya tampungan atau kemampuan sesebuah tasik, sungai dan lautan.
                   2  Kejadian banjir mendatangkan kesan terhadap manusia dan juga alam
                     sekitar fizikal. Antaranya termasuklah:

                     (a)  Aktiviti pertanian
                        (i)   Banjir menyebabkan hasil pertanian ditenggelami
                             air seperti kawasan tanaman padi, tembakau, nanas,     Nyatakan kesan-kesan banjir
                             tembikai, dan sayur-sayuran.                           terhadap aktiviti manusia.
                        (ii)  Aktiviti pertanian dipengaruhi secara langsung oleh perubahan
                             unsur cuaca dan iklim. Contohnya, hasil tanaman padi di
                             Dataran Kedah-Perlis musnah disebabkan ditenggelami banjir
                             yang berlaku pada Disember 2005.
                     (b)  Aktiviti perikanan
                        (i)   Banjir menghalang aktiviti perikanan, terutamanya perikanan
                             pinggir pantai.
                        (ii)  Musim tengkujuh yang melanda pantai timur Semenanjung
                             Malaysia semasa tiupan Angin Monsun Timur Laut yang
                             bertiup antara bulan November – Mac menyebabkan laut
                             bergelora dan ombak besar.
                        (iii)  Nelayan pinggir pantai tidak dapat turun ke laut dan keadaan
                             ini menjejaskan pendapatan mereka.
                     (c)  Aktiviti pengangkutan
                        (i)  Banjir   menyebabkan    sistem   perhubungan    dan
                             pengangkutan terjejas. Jalan raya dinaiki air, jambatan rosak,
                             lapangan terbang ditenggelami air, dan berlaku kejadian tanah
                             runtuh.
                        (ii)  Banjir juga menyebabkan pemilik kenderaan menanggung
                             kerugian kerana kenderaan mereka rosak akibat banjir.



                                                                                                        57





         A 13 Pra_U STPM Geo T2.indd   57                                                              11/14/18   11:17 AM
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13