Page 18 - PRE-U STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN TERM 1
P. 18

Pengajian Perniagaan Penggal 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran
                                             (b)  Kos penilaian (appraisal cost)
                                                 Kos ini meliputi kos seperti pemeriksaan kod, kos menganalisis
                                                 bahan, produk, proses untuk memastikan kepatuhan
                                                 kepada keperluan pelanggan. Menilai semula reka bentuk
                                                 merupakan sebahagian daripada pencegahan dan penilaian.
                                                 Kamu dikatakan sedang membuat penilaian jika kamu dapat
                                                 mengesan kesilapan pada tahap reka bentuk dicadangkan.
                                                 Kamu dikatakan sedang membuat pencegahan jika kamu
                                                 mencari  jalan  penyelesaian  untuk  memperkukuhkan  reka
                                                 bentuk.
          BAB                                (c)  Kos kegagalan luaran (external failure cost)
                                                 Kos yang berlaku apabila pelanggan menerima produk
        2                                        yang berkualiti rendah dan berkaitan dengan perkhidmatan
                                                 pelanggan selepas jualan. Antaranya termasuk kos tuntutan
                                                 jaminan, kos gantian produk, kos rungutan pelanggan, dan
                                                 sebagainya.
                                             (d)  Kos kegagalan dalaman (internal failure cost)
                                                 Kos yang berlaku apabila produk yang berkualiti rendah ditemui
                                                 sebelum produk tersebut dihantar kepada pelanggan. Kos ini
                                                 termasuk  kos  kerja  semula,  kos  skrap,  dan  sebagainya.  Kos
                                                 ini biasanya akan melebihi kos mengesani dan memperbaiki
                                                 kecacatan produk.

                                           5  Pasukan penambahbaikan kualiti
                                            Melibatkan sekumpulan pekerja dari jabatan atau proses kerja yang
                                             berlainan  bertemu secara kerap untuk mengenal pasti masalah,
                                             menganalisis, menyelesaikan masalah, dan mengimplementasikan
                                             perubahan yang berkaitan dengan masalah kerja. Tujuan pasukan
                                             penambahbaikan adalah untuk memperbaiki proses kerja dan
                                             produk. Pasukan penambahbaikan akan mengorganisasikan kerja
                                             mereka, memilih ketua, dan mengatasi masalah-masalah di tempat
                                             kerja.

                                           6  Penanda aras (benchmarking)
                     Jenis-jenis             Penanda aras merupakan proses membuat perbandingan prestasi
                     Penanda Aras            syarikat sendiri dengan organisasi yang lebih baik agar dapat
                     (Benchmarking)
              INFO                           memperbaiki syarikat sendiri. Penanda aras merupakan satu proses
                                             yang dilakukan oleh sesebuah organisasi dengan cara memerhati dan
                                             mempelajari amalan-amalan terbaik yang dilakukan oleh organisasi
                                             yang lain. Biasanya syarikat akan mempelajari, mengubah suai,
                                             dan melaksanakan amalan terbaik yang dilakukan oleh organisasi
                                             yang lain. Penanda aras membabitkan pengurusan mengenal pasti
                                             firma terbaik dalam industri mereka dan membandingkan prestasi
                                             firma tersebut dengan firma sendiri agar dapat memajukan firma
                                             sendiri. Penanda aras adalah satu proses yang sistematik dan
                                             berterusan untuk mengenal pasti, mempelajari, mengubah suai,





             40




       02 PraU Pnigan P1.indd   40                                                                     4/4/18   11:38 AM
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23