Page 19 - PRE-U STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN TERM 1
P. 19

Pengajian Perniagaan Penggal 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran
                   dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang
                   sama atau organisasi yang lain untuk tujuan yang berikut:
                   (a)  Memperbaiki proses atau operasi perniagaan dan meningkatkan
                       produktiviti atau kualiti organisasi.
                   (b)  Mencapai kecekapan dan keberkesanan dalam operasi
                       perniagaan seperti yang diamalkan oleh organisasi yang lain
                       dan mungkin lebih baik daripada mereka jika boleh.
                   (c)  Memperbaiki pencapaian perniagaan organisasi seperti
                       meningkatkan kedudukan kewangan organisasi atau
                       menambahkan syer pasaran organisasi.
                   (d)  Menambahkan kepuasan pengguna ke atas penggunaan                                      BAB
                       keluaran atau perkhidmatan organisasi.                                                2


               2.3.4  Pendekatan Kawalan Kualiti

               Kawalan Input                                                        Hasil Pembelajaran
               Merupakan kawalan ke atas input seperti bahan, tenaga kerja, mesin,
               dan kaedah yang dilakukan sebelum aktiviti pengeluaran bermula.      Menerangkan pendekatan
                                                                                    kawalan kualiti iaitu kawalan
               Tujuannya adalah untuk mengelakkan pemesongan dan memastikan         input, kawalan proses, dan
               pengeluaran mengikut spesifikasi.                                    kawalan output.


               Kawalan Proses/Semasa                                                       ’13
               Kawalan ini dilakukan pada peringkat input ditransformasikan kepada
               output dan bertujuan menyisih barangan cacat daripada proses.

               Kawalan Output
               Kawalan yang dibuat setelah aktiviti pengeluaran tamat. Aktiviti tersebut
               melibatkan perbandingan dengan standard output yang ditetapkan.
               Kawalan ini bertujuan untuk membuat penambahbaikan terhadap proses
               dan membolehkan tindakan pembetulan diambil.


                      2.4  Kawalan Inventori


               2.4.1  Jenis-jenis Inventori

               Definisi                                                             Hasil Pembelajaran
                 1  Kawalan inventori merupakan sistem  kawalan yang mengawasi      •  Menjelaskan maksud
                   jenis-jenis inventori seperti bahan mentah, barang siap, dan barang   kawalan inventori, sistem,
                                                                                      dan kepentingannya.
                   separuh siap.                                                    •  Menjelaskan jenis-jenis
                 2  Kawalan inventori adalah penting bagi memastikan proses           inventori iaitu bahan
                   pengeluaran berjalan dengan lancar dan permintaan pengguna         mentah, kerja dalam
                                                                                      proses, dan produk siap.
                   dapat dipenuhi sepanjang masa.





                                                                                                       41




       02 PraU Pnigan P1.indd   41                                                                     4/4/18   11:38 AM
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24