Page 17 - PRE-U STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN TERM 1
P. 17

Pengajian Perniagaan Penggal 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran
                   (f)  Carta kawalan di atas menunjukkan loji pengeluaran Kellog
                       Cornflakes untuk mesin A. Lima poin pertama bertabur secara
                       rawak di sekitar garis tengah menunjukkan mesin berfungsi
                       dengan  baik  dari  pukul  8.00  a.m.  sehingga  12  tengah  hari.
                       Selepas pukul 12 tengah hari (bagi sampel 5 – 9), semua poin
                       berada atas garisan tengah sehingga poin akhir berada di luar
                       had  kawalan  atas.  Mesin  perlu  diberhentikan  dan  masalah
                       sebenar perlu dikenal pasti.

                 3  Analisis nilai tambah
                   (a)  Penilaian komprehensif bagi semua aktiviti kerja, aliran                              BAB
                       bahan, dan kerja-kerja bertulis (paper work) yang menentukan
                       tambahan nilai kepada pelanggan.                                                      2
                   (b)  Analisis sedemikian mendedahkan aktiviti-aktiviti yang
                       tidak berfaedah dan membazir yang boleh dibuang tanpa
                       menjejaskan kualiti perkhidmatan pelanggan.
                   (c)  Misalnya dalam satu analisis tambah nilai, Syarikat Hewlett
                       Packard menyedari kontrak atau perjanjian jual beli adalah
                       terlalu panjang dan sukar difahami. Syarikat tersebut
                       mengambil  keputusan  untuk  menyediakan  kontrak  atau
                       perjanjian yang ringkas serta mudah dibaca dan difahami
                       iaitu dengan mengurangkan bilangan muka surat daripada
                       20 ke 2. Tindakan syarikat ini seterusnya membawa kepada
                       peningkatan yang drastik dalam jualan komputernya.

                 4  Kajian kualiti dan kos
                  Kajian kualiti dan kos merupakan kaedah untuk meningkatkan
                   kualiti produk dengan membuat penilaian tentang kualiti yang
                   berkaitan dengan kos semasa bagi sebuah firma dan cuba mengenal
                   pasti bahagian-bahagian yang berupayaan mengurangkan kos
                   dengan  banyak.  Kos kualiti  ialah  kos  yang  berkaitan dengan
                   pencegahan, mengesan dan memperbaiki kerja yang defektif. Kos
                   ini adalah besar, biasanya 20% – 40% daripada jualan. Kebanyakan
                   kos ini boleh dikurangkan atau dielakkan sepenuhnya. Salah satu
                   tugas utama jurutera kualiti ialah mengurangkan jumlah kos kualiti
                   yang berkaitan dengan sesuatu produk. Terdapat empat kategori
                   kos yang berkaitan dengan pengurusan kualiti. Antaranya ialah:
                   (a)  Kos pencegahan (prevention costs)
                       Kos yang dibayar untuk mencegah berlakunya ketidakpatuhan
                       kepada keperluan pengguna. Kos yang dibayar untuk
                       mencegah masalah kualiti yang rendah seperti kesilapan dalam
                       kod, kesilapan dalam reka bentuk, kesalahan dalam manual
                       pengguna. Kebanyakan kos pencegahan adalah melebihi bajet
                       yang diberi.







                                                                                                       39




       02 PraU Pnigan P1.indd   39                                                                     4/4/18   11:38 AM
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22