Page 20 - PRE-U STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN TERM 1
P. 20
Pengajian Perniagaan Penggal 1 STPM Bab 2 Pengeluaran
Objektif
Objektif kawalan inventori ialah:
(a) Menentukan inventori berada pada aras yang mencukupi.
(b) Mengelakkan penyimpanan stok yang berlebihan.
(c) Mengelakkan gangguan semasa proses pengeluaran dengan
menyimpan stok bahan yang diperlukan.
(d) Meminimumkan kos penyimpanan inventori.
(e) Memenuhi keperluan pasaran secara berterusan.
Jenis-jenis Inventori
BAB
Jenis-jenis inventori termasuk:
2 (a) Bahan mentah
Bahan mentah merujuk kepada sumber-sumber semula jadi atau
input yang digunakan dalam proses pengeluaran.
(b) Kerja dalam proses
Bermaksud barang-barang yang masih dalam proses pengeluaran
iaitu melalui proses transformasi.
(c) Produk siap
Output yang siap dan boleh digunakan terus oleh pengguna.
2.4.2 Alat/Kaedah Kawalan Inventori
’10
1 Kaedah pengurusan inventori ialah:
(a) EOQ (Economic Order Quantity) atau kuantiti pesanan
ekonomi dan titik pesanan semula [Reorder Point (ROP)].
(b) JIT (Just In Time) atau kaedah tepat pada masa.
Hasil Pembelajaran 2 Model EOQ (kuantiti pesanan ekonomi) dan ROP (titik pesanan
semula)
• Mengenal pasti alat-alat (a) EOQ digunakan untuk menentukan kuantiti pesanan optimum
kawalan inventori.
• Mengaplikasikan kaedah yang dapat meminimumkan kos pegangan dan kos pesanan
kuantiti pesanan ekonomi inventori.
(EOQ) dan titik pesanan (b) Andaian yang perlu dibuat untuk model EOQ ini adalah:
semula (ROP).
• Menghuraikan konsep/ (i) Kadar permintaan diketahui dan bersifat konsisten.
kaedah tepat pada masa (ii) Lead time, iaitu jarak masa di antara tarikh pesanan dan
(JIT).
penerimaan pesanan adalah malar.
(iii) Tiada kekurangan berlaku.
(iv) Tiada had ke atas saiz lot item.
(v) Item diperoleh dalam saiz lot dan diterima sekaligus.
(vi) Hanya terdapat dua kos yang relevan, iaitu kos pegangan
dan kos pesanan. Contoh kos pegangan ialah sewa
ruangan, insurans, bunga atas modal dan kos pengurusan.
Kos pesanan pula adalah seperti kos pengangkutan,
pemprosesan, dan perkeranian.
42
02 PraU Pnigan P1.indd 42 4/4/18 11:38 AM

