Page 13 - PRE-U STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN TERM 1
P. 13

Pengajian Perniagaan Penggal 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran
                   (a)  Penawaran tenaga buruh
                       Penawaran tenaga buruh yang mahir dan berkualiti adalah
                       penting. Jika firma adalah berintensifkan buruh, firma akan
                       beroperasi di kawasan yang kadar upahnya adalah rendah.
                   (b)  Kos pengangkutan
                       Pemilihan  lokasi  yang  strategik  adalah  penting  kerana
                       dapat mengurangkan kos logistik. Contohnya, industri yang
                       menjalankan kegiatan eksport adalah sesuai ditempatkan
                       berdekatan dengan pelabuhan.
                   (c)  Bahan mentah
                       Bahan mentah yang murah dan berkualiti adalah penting.                                 BAB
                       Kebanyakan industri yang menggunakan bahan mentah berat
                       sesuai ditempatkan berhampiran dengan pembekal agar kos     Apakah objektif perancangan   2
                       dapat dikurangkan.                                          lokasi?
                   (d)  Kemudahan infrastruktur
                       Kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, dan infrakstruktur
                       haruslah disediakan di lokasi yang dipilih bagi memastikan
                       pengeluaran berjalan dengan lancar.
                   (e)  Faktor persekitaran
                       Firma perlu mengambil kira keadaan persekitaran, iaitu
                       memastikan tidak berlaku pencemaran dan mengutamakan
                       keselamatan. Misalnya, industri petrokimia mestilah
                       ditempatkan jauh dari kawasan perumahan.



                      2.3  Kawalan Kualiti



               2.3.1  Konsep dan Proses Kawalan Kualiti

               Definisi                                                             Hasil Pembelajaran
               Kualiti bermaksud keupayaan sesuatu produk memenuhi kehendak         Menjelaskan maksud
               penggunanya. Kawalan kualiti ialah proses semakan produk atau        kawalan kualiti,
                                                                                    kepentingannya, dan
               perkhidmatan untuk memastikan ia mematuhi standard tertentu.         proses.
               Ia merupakan usaha yang diambil oleh jabatan pengeluaran untuk
               membolehkan produk yang dihasilkan mencapai standard kualiti yang
               diingini.
                                                                                   Kawalan kualiti – proses
               Objektif                                                            semakan terhadap output atau
                                                                                   produk untuk menjamin kualiti
                 1  Objektif kos dan syer pasaran                                  produk menepati piawaian
                   Kualiti yang baik dapat meningkatkan syer pasaran serta         kualiti.
                   mengurangkan kos.

                 2  Meningkatkan imej produk
                   Produk yang berkualiti dapat meningkatkan imej syarikat dan
                   keuntungan.





                                                                                                       35




       02 PraU Pnigan P1.indd   35                                                                     4/4/18   11:38 AM
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18