Page 24 - PRE-U STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN TERM 1
P. 24
Pengajian Perniagaan Penggal 1 STPM Bab 2 Pengeluaran
3 Sistem JIT (Kaedah tepat pada masa)
Just In Time (a) Sistem JIT (Just In Time) yang berasal dari Jepun juga dikenali
sebagai sistem inventori sifar.
INFO
(b) Sistem ini digunakan untuk meminimumkan kos pegangan
dengan hanya memesan inventori yang diperlukan sahaja dan
menghantar bekalan kepada pelanggan pada masa yang tepat.
(c) Objektif pelaksanaan sistem JIT:
(i) Meminimumkan kos inventori agar dapat mengelakkan
pembaziran.
BAB (ii) Mengurangkan kekerapan penyediaan inventori.
2 (iii) Menambahbaik sistem pengeluaran secara berterusan dan
menjadikannya lebih fleksibel.
(iv) Menjimatkan masa pengurusan inventori.
(d) Ciri-ciri sistem JIT:
Bagaimanakah JIT (i) Pengekalan kualiti yang tinggi secara konsisten dan
dilaksanakan? menyeluruh untuk melicinkan pengeluaran.
(ii) Mempunyai saiz lot yang kecil untuk mengurangkan
kitaran inventori, menjimatkan masa dan ruang di stor.
(iii) Masa penyediaan yang pendek. Kerja pemasangan boleh
dilakukan dengan cepat.
(iv) Mengutamakan hubungan baik dengan pembekal yang
dikenali dan dipercayai.
(v) Penjagaan mesin dan peralatan mestilah baik.
’13, ’17 (vi) Pekerja dilatih melakukan kerja yang pelbagai dan
memupuk semangat kerjasama dalam kalangan mereka.
(vii) Mengamalkan susun atur peralatan berdasarkan keperluan
produk untuk mengurangkan kos pengendalian.
2.5 Isu-isu Pengurusan
Pengeluaran Moden
Hasil Pembelajaran 2.5.1 Standard Pengeluaran
Menjelaskan maksud Maksud Standard Pengeluaran
standard pengeluaran dan
ISO.
Satu unit ukuran yang menunjukkan tingkat prestasi normal bagi operasi
sesebuah industri dan boleh dinyatakan dalam jumlah masa per unit
atau unit per jam atau hari. Standard juga merujuk kepada kriteria atau
ukuran prestasi yang perlu dicapai oleh bahagian pengeluaran.
46
02 PraU Pnigan P1.indd 46 4/4/18 11:38 AM

