Page 26 - PRE-U STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN TERM 1
P. 26
Pengajian Perniagaan Penggal 1 STPM Bab 2 Pengeluaran
(iii) Mendokumentasikan secara tersusun amalan-amalan
pengurusan dan cara-cara bekerja yang boleh dijadikan
asas program latihan kepada staf serta asas bagi
penambahbaikan prestasi.
(iv) Membolehkan semua staf menjalankan tugas dengan baik
dan berkesan.
(g) Prinsip-prinsip ISO 9000:
(i) Standard hanya mengkhusus kepada pengurusan kualiti
yang diamalkan oleh organisasi.
BAB (ii) Standard memerlukan organisasi mendokumenkan proses
kerja kritikal, patuh kepada proses, dan pembuktian
2 kepada kepatuhan.
(iii) Standard menekankan kepada pencegahan berlakunya
sesuatu masalah dan ketidakpatuhan.
(iv) Standard bersifat umum dan mempunyai elemen asas
kualiti.
(h) Cara-cara mendapat ISO 9000:
(i) Pihak pengurusan perlu berusaha untuk mendapatkan ISO
9000 dengan mengutamakan kualiti dalam pengurusan
organisasi dan memastikan sumber adalah mencukupi
untuk melaksanakan ISO 9000.
(ii) Mengenal pasti proses utama bagi pelaksanaan ISO 9000.
(iii) Membentuk pasukan pelaksana yang terdiri daripada
wakil-wakil semua jabatan dan memberi latihan kepada
mereka tentang penulisan manual prosedur serta strategi
pelaksanaan ISO 9000.
(iv) Menjalankan analisis jurang perbezaan (gap analysis)
untuk mengenal pasti sama ada amalan harian dan
prosedur yang dilaksanakan dalam organisasi menetapi
keperluan.
(v) Menyediakan dokumen ISO 9000 berdasarkan standard
ISO yang dipilih seperti manual prosedur kerja, fail meja,
arahan kerja dan dokumen lain yang membolehkan
pengauditan dijalankan.
(vi) Melaksanakan ISO 9000. Audit dalaman perlu dijalankan
terlebih dahulu di setiap jabatan mengikut jadual mereka
sendiri untuk mengenal pasti kelemahan yang ada.
(vii) Pengiktirafan dan pensijilan. Setelah peringkat persediaan
tamat, biasanya dalam tempoh empat bulan hingga
setahun, permohonan boleh kepada badan pensijilan
seperti SIRIM untuk mendapatkan pengiktirafan. Sijil
pendaftaran ISO akan diberikan jika organisasi mematuhi
keperluan standard sistem kualiti yang telah ditetapkan.
48
02 PraU Pnigan P1.indd 48 4/4/18 11:38 AM

