Page 27 - PRE-U STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN TERM 1
P. 27
Pengajian Perniagaan Penggal 1 STPM Bab 2 Pengeluaran
2 ISO 9001
Standard yang menentukan kualiti produk yang dihasilkan dan
piawai yang merangkumi 20 aspek program kualiti termasuk reka
bentuk pengeluaran, reka bentuk perkhidmatan, tanggungjawab
pengurusan, sistem dokumentasi berkualiti, latihan dan
pemuliharaan serta pertimbangan pembelian.
3 ISO 9002
Standard yang merangkumi aspek kualiti seperti dalam ISO
9001 tetapi lebih mengkhusus pada penghasilan reka bentuk
untuk pelanggan dan reka bentuk bagi tujuan pemasangan dan
pengeluaran di lokasi lain. BAB
4 ISO 9003 2
Standard yang menekankan aspek pencegahan daripada pemulihan
dan skopnya adalah terhad kepada satu-satu proses pengeluaran.
5 ISO 9004
Standard yang memberikan garis panduan mengenai taksiran
terhadap kepiawaian kualiti produk bagi menjayakan sesuatu
prosedur.
6 ISO 9000:2000 yang diubah suai membolehkan firma menunjukkan
bahawa mereka mengikut prosedur untuk latih pekerja menguji
produk, menyimpan rekod, dan mengesan kecacatan produk. Untuk
memperoleh sijil ISO, sesebuah syarikat mesti mendokumentasikan
segala prosedur yang perlu diikuti oleh pekerja dalam setiap
peringkat pengeluaran.
7 ISO 14000 menghendaki firma membentuk satu pelan sistem
pengurusan persekitaran yang menunjukkan bagaimana firma
dapat menggunakan sumber bahan mentah dan menguruskan
persekitaran.
2.5.2 Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM-Total
Quality Management)
1 TQM adalah proses pengurusan kualiti yang berasaskan kualiti Hasil Pembelajaran
dan berorientasikan pelanggan, penambahbaikan berterusan, dan Menjelaskan maksud
penglibatan semua pekerja dan proses dalam organisasi. Pengurusan Kualiti
Menyeluruh dan prinsip-
2 Objektif TQM: prinsipnya.
(a) Memuaskan hati pelanggan dengan menghasilkan produk yang
lebih baik.
(b) Meningkatkan keberkesanan dengan menghasilkan output TQM – satu proses
yang sentiasa tepat (right the first time). transformasi budaya di mana
ciri-ciri budaya yang telah sedia
(c) Menghasilkan output tanpa cacat (zero defect). ada akan diubah suai serta
(d) Meningkatkan kualiti produk dengan harga yang kompetitif. diperkukuhkan dengan ciri-ciri
budaya baharu yang lebih baik.
49
02 PraU Pnigan P1.indd 49 4/4/18 11:38 AM

