Page 5 - PRE-U STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN TERM 1
P. 5

Pengajian Perniagaan Penggal 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran

                      2.1  Skop dan Proses Pengeluaran



               2.1.1  Peranan

               Definisi
                 1  Pengeluaran ialah proses mengubah input kepada output dengan    Hasil Pembelajaran
                   menambahkan nilainya, melibatkan aktiviti memproses bahan
                   mentah kepada barang siap dan separuh siap.                      Mentafsirkan pengeluaran /
                                                                                    operasi (termasuk servis)
                 2  Pengeluaran ialah aktiviti penghasilan barang dan perkhidmatan.  dan peranannya.          BAB
                 3  Pengurusan pengeluaran melibatkan perancangan, organisasi,                               2
                   kepimpinan,  dan  kawalan  segala  aktiviti berkaitan  dengan
                   penghasilan barang dan perkhidmatan untuk memastikan proses             ’18
                   pengeluaran berlaku secara sistematik.
                 4  Kepentingan pengurusan pengeluaran
                   (a)  Pengurusan pengeluaran membolehkan pengeluaran
                       dijalankan dengan lebih berkesan dengan meminimumkan
                       kos pengeluaran dan meningkatkan produktiviti.
                   (b)  Memastikan pengeluaran barang dan perkhidmatan mengikut
                       kualiti dan spesifikasi yang telah ditetapkan.
                   (c)  Memastikan proses pengeluaran berjalan mengikut jadual dan
                       barang serta perkhidmatan dihasilkan pada masa yang telah
                       ditetapkan.
                   (d)  Mengawal input bahan mentah, buruh, mesin, dan peralatan
                       agar digunakan secara optimum.

               2.1.2  Evolusi

               Evolusi Pengeluaran

                 1  Pengurusan pengeluaran telah bermula dan berkembang dengan      Hasil Pembelajaran
                   pesat sejak Revolusi Industri di Eropah sekitar tahun 1760-an.
                                                                                    Menjelaskan evolusi
                 2  Pengkhususan kerja yang dikemukakan oleh Adam Smith pada        pengeluaran bermula
                   tahun 1776 telah dipraktikkan di kilang-kilang dan menyebabkan   dengan revolusi industri,
                   kelahiran buruh-buruh mahir serta pengeluaran secara besar-      pendekatan saintifik,
                                                                                    hubungan manusia,
                   besaran.                                                         penyelidikan operasi, kualiti,
                 3  Pengurusan secara saintifik yang telah diperkenalkan pada tahun   globalisasi, dan revolusi
                                                                                    Teknologi Maklumat dan
                   1911 oleh Frederick W. Taylor telah menetapkan satu piawaian     Komunikasi (ICT).
                   untuk pekerja bagi melakukan setiap kerja.
                 4  Pengurusan berbentuk gelagat telah diperkenalkan oleh Elton Mayo,
                   Maslow dan McGregor sekitar tahun 1930-an yang menekankan
                   hubungan manusia dengan pengurusan.

                 5  Pengurusan pengeluaran sebelum 1935 berfokus kepada peningkatan
                   produktiviti pengeluaran, tetapi mulai tahun 1935, penekanan telah
                   diberi terhadap kualiti dalam proses pengeluaran.



                                                                                                       27




       02 PraU Pnigan P1.indd   27                                                                     4/4/18   11:38 AM
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10