Page 10 - PRE-U STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN TERM 1
P. 10

Pengajian Perniagaan Penggal 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran
                                           4  Walau bagaimanapun, teknik ini mengehadkan pilihan dan
                                             bertentangan dengan konsep pemasaran. Teknik ini cenderung
                                             menguntungkan syarikat-syarikat yang besar sahaja.
                                           5  Dalam teknik ini, standard yang ditetapkan sukar diubah dan
                                             boleh menjadi halangan kepada kemajuan sesebuah syarikat serta
                                             sukar untuk memperkenalkan model baharu kerana kekurangan
                                             fleksibiliti dalam pengeluaran dan kos peralatan yang tinggi.
                                         Modular

                                           1  Dalam teknik ini, pengeluar akan membahagikan sistem pengeluaran
          BAB                                kepada beberapa bahagian yang lebih kecil dengan menggunakan

        2                                    sistem yang berbeza.
                                           2  Bahagian produk atau komponen boleh ditukarganti dengan
                                             mudah dan memberi fleksibiliti dalam pengeluaran dan pemasaran.
                                             Contohnya, Harley Davidson menggunakan beberapa enjin, casis,
                                             tangki gas untuk menghasilkan pelbagai jenis motosikal.
                                           3  Konsep yang sama juga diamalkan dalam industri makanan segera
                                             seperti McDonalds, dan Burger King yang menggunakan beberapa
                                             modul (keju,  lettuce bun) untuk menghasilkan pelbagai jenis
                                             makanan.
                                           4  Konsep pengeluaran ini mementingkan aspek kelenturan dan kualiti
                                             dalam proses pengeluaran.


                                         2.2.2  Jenis-jenis Pengeluaran


              Hasil Pembelajaran         Mengikut Tempahan
                                           1  Pengeluaran ini melibatkan penghasilan produk spesifik yang
              Menjelaskan jenis
              pengeluaran mengikut           mengikut tempahan pengguna dalam kuantiti yang kecil. Produk
              tempahan, secara massa,        yang dikeluarkan adalah unik, mempunyai nilai tinggi, dan
              dan secara berkelompok.
                                             melibatkan tempoh yang tidak menentu.
                                           2  Pengeluaran produk ini juga memerlukan modal yang besar kerana
                                             melibatkan penggunaan tenaga pakar dalam sesuatu bidang dan
             Jenis-jenis pengeluaran:        teknologi yang canggih. Contohnya, projek pembinaan kapal,
             •  Mengikut tempahan/Projek     pelabuhan, lapangan terbang, dan projek pembangunan MSC.
             •  Secara massa
             •  Secara berkelompok       Secara Massa
                                           1  Pengeluaran ini menghasilkan sejumlah produk yang seragam dan
                                             mempunyai permintaan yang stabil secara besar-besaran mengikut
                                             kehendak pasaran.
                                           2  Contoh pengeluaran jenis ini ialah pengeluaran barangan elektronik,
                                             makanan, dan produk pengguna.
                                           3  Kos per unit pengeluaran adalah rendah kerana pengeluaran secara
                                             besar-besaran. Pengeluaran produk ini adalah secara berterusan,
                                             berjadual, serta berulangan, dan melibatkan volum banyak.



             32




       02 PraU Pnigan P1.indd   32                                                                     4/4/18   11:38 AM
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15