Page 8 - PRE-U STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN TERM 1
P. 8

Pengajian Perniagaan Penggal 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran

              Hasil Pembelajaran         2.1.5  Proses Pengeluaran
              Menjelaskan hubungan
              jabatan pengeluaran        Proses pengeluaran terdiri daripada sistem pengeluaran dan subsistem
              dengan jabatan pemasaran,   pengeluaran.
              kewangan, dan sumber
              manusia.
                                         Sistem Pengeluaran

                                           1  Sistem  pengeluaran  ialah  satu  set  pembolehubah  yang  saling
                                             berinteraksi untuk mencapai sesuatu objektif.
                                           2  Komponen proses pengeluaran terdiri daripada:
          BAB
                                             (a)  Input
        2                                        Sumber yang digunakan dalam proses pengeluaran.
                                             (b)  Proses transformasi
                                                 Merujuk kepada aktiviti mengubah input kepada output.
                                             (c)  Output
                                                 Hasil pengeluaran sama ada produk siap atau separuh siap.
                                             (d)  Maklum balas
                                                 Penyampaian maklumat tentang hasil keluaran disampaikan
                                                 pada peringkat input dan transformasi seperti kualiti dan reka
                                                 bentuk produk.

                                           3  Fungsi pengeluaran merupakan satu sistem yang mentransformasikan
                                             input kepada output. Bagi memastikan sesuatu sistem berfungsi
                                             dengan baik, maklum balas daripada pengguna adalah penting.

                       ’15, ’17            4  Sistem pengeluaran melibatkan pelbagai sistem lain yang
                                             mempengaruhi proses pengeluaran seperti sistem pemasaran,
                                             kewangan,  kawalan  inventori,  pengurusan  kualiti,  dan
                                             sebagainya.



                       Input                         Transformasi                       Output












                                                     Maklum balas

                                               Rajah 2.2  Sistem pengeluaran








             30




       02 PraU Pnigan P1.indd   30                                                                     4/4/18   11:38 AM
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13