Page 6 - PRE-U STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN TERM 1
P. 6

Pengajian Perniagaan Penggal 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran

              Galeri Info                  6  Kualiti telah diperkenalkan pada tahun 1980-an oleh pengilang
                                             Jepun di mana tumpuan pengurusan telah beralih kepada kualiti,
             Konsep Kaizen bermaksud         fleksibiliti, dan kepentingan pelanggan.
             penambahbaikan berdikit-
             dikit yang berterusan.        7  Kualiti dalam produktiviti diberi penekanan terutamanya aplikasi
             Konsep ini menggalakkan
             penambahbaikan yang             robotik serta CAD dan CAM dalam pengeluaran.
             berterusan dan tidak
             berkesudahan yang melibatkan     8  Orang-orang  Jepun  mengubah  falsafah  pengeluaran  orang
             semua orang, iaitu daripada     Amerika dengan mengutamakan kualiti dan  bukan  kuantiti.
             pengurusan atasan sehingga
             ke peringkat pekerja bawahan.   Mereka menggantikan pengeluaran besar-besaran (massa) dengan
                                             pengeluaran  kecil-kecilan yang  mengutamakan fleksibiliti  dan
          BAB                                kepentingan pelanggan.

        2                                  9  Teknik-teknik pengeluaran moden seperti JIT, sistem pembuatan
                                             fleksibel, pengeluaran condong (lean production), TQM, dan Kaizen
                                             menjadi semakin penting di Jepun dan telah juga mengubah
                                             proses pengeluaran di Amerika. Teknik-teknik moden ini telah
                                             merevolusikan proses pengeluaran.
                                          10  Dalam era globalisasi, penggunaan komputer semakin penting
                                             kerana penggunaan komputer dapat meningkatkan produktiviti,
                                             kualiti, dan mengurangkan kos.

                                          11  Teknologi komputer yang baharu juga mempengaruhi reka bentuk
                                             produk, membolehkan pengeluaran dalam pelbagai bentuk dan saiz
                                             yang berlainan, serta memberikan pengguna pilihan yang banyak.

                                          12  Penggunaan teknologi kini juga mempercepatkan proses
                                             pengeluaran terutamanya dengan penggunaan robotik dan jentera.

                                          13  Segala proses dalam pengeluaran yang bermula dengan pesanan
                                             pelanggan sehingga peringkat kawalan inventori dan kualiti menjadi
                                             lebih produktif dengan penggunaan robot dan komputer.



                                         2.1.3  Cabaran

                                           1  Cabaran yang dihadapi oleh pengurus pengeluaran
                                             (a)  Cabaran teknologi baharu
                                                 Pengurus perlu mewujudkan kaedah baharu dalam pengeluaran
                                                 yang boleh meningkatkan kecekapan operasi. Pengurus
                                                 perlu menggantikan mesin lama dengan mesin baharu yang
                                                 berteknologi terkini.
                                             (b)  Penekanan kepada proses pengeluaran produk yang berkualiti
                       ’14, ’18                  Pengurus perlu memastikan produk yang dikeluarkan
                                                 mengikut piawaian industri / antarabangsa, berkualiti dan
                                                 selamat. Walau bagaimanapun, penghasilan produk berkualiti
                                                 boleh meningkatkan kos pengeluaran. Pengurus pengeluaran
                                                 juga terpaksa membeli mesin baharu untuk kualiti produk
                                                 yang dikeluarkan.





             28




       02 PraU Pnigan P1.indd   28                                                                     4/4/18   11:38 AM
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11