Page 9 - PRE-U STPM PENGAJIAN PERNIAGAAN TERM 1
P. 9

Pengajian Perniagaan Penggal 1  STPM  Bab 2 Pengeluaran
               Subsistem Pengeluaran

                 1  Dalam sistem pengeluaran, terdapat sistem-sistem yang lebih kecil   Subsistem pengeluaran –
                   yang dikenali sebagai subsistem seperti subsistem pembelian,    sistem pengeluaran yang lebih
                   inventori, logistik, kawalan kualiti, dan sebagainya.           kecil.

                 2  Setiap subsistem mempunyai objektif yang lebih sempit. Oleh
                   itu, pengurus harus memastikan hubungan antara subsistem
                   diselaraskan dan objektif subsistem adalah selari dengan matlamat
                   keseluruhan organisasi.

                 3  Contohnya, bahagian kewangan ingin memegang inventori                                     BAB
                   yang minimum, manakala bahagian jualan ingin menyimpan
                   inventori yang banyak. Kewujudan percanggahan objektif ini akan                           2
                   menyebabkan sesebuah firma tidak dapat beroperasi pada tingkat
                   yang optimum.



                      2.2  Perancangan Pengeluaran



               2.2.1  Reka Bentuk Pengeluaran
               Reka bentuk pengeluaran berkaitan dengan bagaimana sesuatu produk    Hasil Pembelajaran
               dihasilkan. Reka bentuk pengeluaran terdiri daripada  simplification,   Menjelaskan reka
               standardization, dan modular.                                        bentuk pengeluaran
                                                                                    merangkumi simplification,
               Simplification                                                       standardization, dan
                                                                                    modular.
                 1  Simplification berkaitan dengan usaha syarikat menggabung/
                   mengurangkan beberapa langkah dalam proses pengeluaran untuk
                   menjadikannya lebih mudah dan menjimatkan masa. Contohnya
                   pengeluar kereta tidak  lagi  menghasilkan  pintu  kereta sendiri,
                   sebaliknya akan mendapatkan pintu kereta yang telah siap untuk
                   dipasang pada kereta.

               Standardization
                 1  Standardization merupakan proses pengeluaran yang menghasilkan
                   produk seragam dengan mematuhi satu standard pengeluaran dari
                   aspek kuantiti, kualiti, warna, dan sebagainya.
                 2  Standardization membolehkan penggunaan bahagian pemasangan
                   sedia ada, standard atau boleh ditukar ganti dalam kalangan
                   produk dengan tujuan mengurangkan tahap inventori, kos dan
                   masa latihan, memudahkan prosedur pembelian dan pengendalian
                   bahan.
                 3  Kebaikan standardization ialah menjimatkan masa, mengeluarkan
                   produk yang lebih berkualiti, serta tenaga kerja dan peralatan
                   digunakan lebih baik.




                                                                                                       31




       02 PraU Pnigan P1.indd   31                                                                     4/4/18   11:38 AM
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14