Page 15 - top one bm tg3
P. 15
Bahasa Melayu Ting. 3 KSSM Bab 2 Sihat dan Cerdas
Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180
patah perkataan.
1. Pasukan bola sepak sekolah anda menjadi johan dalam pertandingan peringkat negeri. Sebagai
sidang redaksi majalah sekolah, anda ditugaskan untuk menulis berita tentang kejayaan pasukan
bola sepak itu.
Tulis berita itu sepenuhnya.
2. Sebagai pemberita, anda ditugaskan untuk membuat liputan tentang lawatan seorang pemimpin
negara ke sebuah perkampungan terpencil.
Tulis berita itu sepenuhnya.
Karangan Fakta
Nota SMART
1. Karangan jenis fakta menghendaki anda mengemukakan isi dengan fakta yang benar, logik, terkini, dan menepati soalan.
2. Untuk menulis karangan jenis ini dengan baik, anda haruslah mempunyai pengetahuan yang luas tentang perkara yang
hendak dinyatakan.
3. Tulis isi-isi penting mengikut kepentingan dan gunakan penanda wacana yang sesuai supaya ada kesinambungan idea
antara perenggan.
4. Setiap isi atau fakta yang diberikan haruslah dihuraikan dan disertakan contoh yang relevan.
Model Karangan
Satu daripada cara menjaga kesihatan diri adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Huraikan cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat.
Perincian Rangka Karangan
Perenggan Isi Huraian
Pendahuluan setiap orang mengimpikan pengamalan gaya hidup sihat wajar dipraktikkan – menyedari
kehidupan yang bahagia, kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat – membolehkan impian
selamat, dan sihat tercapai – cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat
Isi 1 pemakanan seimbang meliputi pengambilan makanan berdasarkan piramid makanan –
makan nasi dan bijirin yang mengandungi karbohidrat dalam kuantiti
yang banyak – membekalkan tenaga – dapat menjalankan pelbagai
urusan – pengambilan sayur yang banyak – membekalkan vitamin dan
serat – mengurangkan makanan berlemak, berminyak, bergaram, dan
bergula – mengelakkan pelbagai penyakit kronik
Isi 2 aktiviti senaman dan dapat membakar kalori dalam badan – mengurangkan masalah
riadah peningkatan berat badan – sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
– 20 hingga 30 minit
Isi 3 mengelakkan aktiviti menjejaskan kesihatan dalam masa panjang – contohnya menagih
negatif dadah, minum arak, seks rambang – menerima kemudaratan –
dipandang serong – disisihkan oleh masyarakat
Isi 4 berjumpa dengan doktor secara berkala – sekurang-kurangnya dua kali setahun – membolehkan
penyakit yang tidak menunjukkan sindrom dikesan lebih awal –
penyakit yang berbahaya – contohnya kanser
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 30
02 Top One BM Ting3.indd 30 01/11/2019 11:58 AM

