Page 14 - top one bm tg3
P. 14

Bahasa Melayu  Ting. 3 KSSM  Bab 2 Sihat dan Cerdas

                Perincian Rangka Karangan
                   Perenggan            Isi                                 Huraian
                  Pendahuluan  nama tempat – tarikh –   membersihkan kawasan kediaman dan persekitaran – hampir 60 orang
                              penduduk mengadakan    penduduk hadir – untuk menjadikan kawasan kediaman bersih, hijau,
                              program bergotong-royong   dan bebas daripada peyakit – untuk mengeratkan silaturahim
                              – jumlah yang terlibat –
                              objektif program

                  Isi 1       disempurnakan oleh Ahli   memuji inisiatif penduduk – menyemai budaya cinta akan kebersihan  –
                              Dewan Undangan Negeri –  tidak mengharapkan pihak berkuasa tempatan semata-mata
                              inti sari ucapan

                  Isi 2       menderma alatan        oleh Ahli Dewan Undangan Negeri – cangkul, beg politena, anak-anak
                              berkebun kepada        pokok, benih pokok, getah paip, kereta sorong, racun rumpai dan
                              persatuan              serangga  – sebuah kebun  sayur akan  diwujudkan  – bersebelahan
                                                     dengan taman permainan kanak-kanak – oleh pihak berkuasa tempatan
                                                     – bulan hadapan
                  Isi 3       taklimat ringkas oleh   berkaitan dengan aktiviti program – dibahagikan kepada enam kumpulan
                              Pengerusi Persatuan    – menjalankan aktiviti membersih, mencantas, mengutip sampah,
                              Penduduk               menanam tanaman hiasan, menggembur,  dan membaja –  peralatan
                                                     disediakan oleh persatuan – ada penduduk yang sukarela membawa
                                                     alatan sendiri
                  Penutup     program meriah         terutama golongan kanak-kanak – selesai tepat pukul 12:30 tengah hari


                   JOHOR BAHRU, 9 Januari – Persatuan Penduduk Taman Pulai telah mengadakan program
                   gotong-royong pada 7 Januari yang lalu bagi membersihkan kawasan kediaman dan persekitaran.
                   Hampir 60 orang penduduk hadir untuk menjayakan aktiviti ini. Objektif program ini adalah
                   untuk menjadikan kawasan kediaman bersih, hijau, dan bebas daripada penyakit. Selain itu,
                   program ini untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk.
                        Program tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Iskandar.
                   Dalam ucapannya, beliau memuji inisiatif penduduk dalam menganjurkan program tersebut
                   kerana dapat menyemai budaya cinta akan kebersihan dalam kalangan masyarakat setempat,
                   malahan tidak mengharapkan pihak berkuasa tempatan semata-mata untuk menjalankan
                   tanggungjawab membersihkan kawasan kediaman dan persekitaran.
                        Dalam majlis itu juga, beliau bermurah hati menderma alatan berkebun seperti cangkul,
                   beg politena, anak-anak pokok, benih pokok, getah paip, kereta sorong, serta racun rumpai dan
                   serangga kepada persatuan. Hal ini demikian kerana, sebuah kebun sayur akan diwujudkan
                   di sebelah taman permainan kanak-kanak oleh pihak berkuasa tempatan pada bulan hadapan.
                        Selepas majlis perasmian, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Pulai, Encik Mudiandy
                   Aryapan telah menyampaikan taklimat ringkas berkaitan dengan aktiviti program. Peserta yang
                   hadir dibahagikan kepada enam kumpulan untuk menjalankan aktiviti membersih, mencantas,
                   mengutip sampah, menanam tanaman hiasan, menggembur, dan membaja. Peralatan seperti
                   tong sampah, plastik, cangkul, tajak, dan pongkes disediakan oleh persatuan. Namun begitu,
                   ada penduduk yang secara sukarela membawa alatan sendiri.

                        Aktiviti membersihkan kawasan kediaman penduduk
                   dan persekitaran meriah, terutama apabila melihat           Entri Kata
                   keriangan dan keseronokan kanak-kanak yang menyertai    •  menggembur – mencangkul tanah
                                                                             supaya tidak padat
                   kerja tersebut. Semua kerja selesai dilaksanakan tepat   •  pongkes – bakul untuk mengisi
                   pukul 12:30 tengah hari.                                  tanah atau sampah



                                                             29                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






         02 Top One BM Ting3.indd   29                                                                01/11/2019   11:58 AM
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19