Page 16 - top one bm tg3
P. 16

Bahasa Melayu  Ting. 3 KSSM  Bab 2 Sihat dan Cerdas

                  Penutup      pengamalan gaya        sentiasa berpegang pada cogan kata – “Rakyat Sihat, Negara Maju”
                               hidup sihat menjamin
                               kebahagiaan


                   Setiap orang mengimpikan kehidupan yang bahagia, selamat, dan sihat. Oleh itu, pengamalan
                   gaya hidup sihat merupakan antara langkah yang wajar dipraktikkan. Rakyat negara ini kini
                   semakin menyedari kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat bagi membolehkan impian
                   itu tercapai. Persoalannya, apakah cara-cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat?
                        Perkara yang paling penting ialah pemakanan seimbang. Hal ini meliputi pengambilan
                   pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian
                   Kesihatan Malaysia. Kita perlu makan nasi dan bijirin yang mengandungi karbohidrat dalam
                   kuantiti yang banyak. Hal ini demikian kerana karbohidrat membekalkan tenaga untuk
                   membolehkan kita menjalankan pelbagai urusan kehidupan sehari-harian. Pengambilan sayur
                   dan buah yang banyak pula penting untuk membekalkan vitamin dan serat kepada badan.
                   Di samping itu, piramid makanan menganjurkan pengurangan makanan yang mengandungi
                   lemak, minyak, garam, dan gula kerana dapat mengelakkan pelbagai penyakit kronik.
                        Cara mengamalkan gaya hidup sihat yang lain adalah melakukan aktiviti senaman dan
                   riadah. Pengambilan makanan seimbang yang disertai dengan amalan bersenam dan beriadah
                   secara konsisten, dapat membakar kalori dalam badan dan seterusnya mengurangkan masalah
                   peningkatan berat badan. Aktiviti senaman dan riadah boleh dilakukan sekurang-kurangnya
                   tiga kali seminggu selama 20 minit hingga 30 minit.
                        Kita juga hendaklah mengelakkan aktiviti negatif dalam usaha mengamalkan gaya hidup
                   sihat. Hal ini demikian kerana aktiviti sedemikian akan menjejaskan kesihatan dalam jangka
                   masa panjang. Contoh aktiviti negatif tersebut ialah menagih dadah, minum arak, dan seks
                   rambang. Sesiapa yang terjebak dalam aktiviti negatif bukan sahaja menerima kemudaratan,
                   bahkan juga dipandang serong dan seterusnya akan disisihkan oleh masyarakat.
                        Kebanyakan daripada kita biasanya akan berjumpa dengan doktor apabila sakit sahaja.
                   Tetapi, gaya hidup sihat memerlukan kita menukar amalan ini. Sewajarnya kita berjumpa
                   dengan doktor di hospital atau klinik secara berkala, iaitu sekurang-kurangnya dua kali setahun
                   atau setiap enam bulan. Hal ini membolehkan penyakit yang mungkin tidak menunjukkan
                   sindrom dikesan lebih awal. Contohnya, penyakit yang berbahaya, seperti kanser yang kita
                   sedia maklum bahawa sukar diubati jika sudah
                   lambat diketahui. Dengan pertemuan secara berkala       Entri Kata
                   dengan doktor, rawatan susulan dapat dilakukan     •  serat – serabut
                   bagi mengubati penyakit yang didiagnosis ada pada   •  kronik – sangat teruk
                   tubuh kita.                                        •  konsisten – tekal
                        Kesimpulannya, jelaslah bahawa pengamalan     •  berkala – berulang pada waktu yang tetap
                   gaya hidup sihat menjamin kebahagiaan yang         •  sindrom – tanda / gejala
                                                                      •  didiagnosis – dikenal pasti sesuatu
                   diimpikan. Sentiasalah berpegang pada cogan kata     penyakit daripada tanda atau gejalanya
                   “Rakyat Sihat, Negara Maju”.




                Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180
                patah perkataan.
                  1.  Masalah pelanggaran  disiplin dalam kalangan  murid yang  semakin serius kini  menimbulkan
                     kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan masyarakat.
                     Cadangkan langkah-langkah yang sesuai dilaksanakan bagi menangani masalah tersebut.
                  2.  Remaja lebih berminat untuk membaca majalah hiburan daripada majalah ilmiah.
                     Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku.

                                                             31                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.






         02 Top One BM Ting3.indd   31                                                                01/11/2019   11:58 AM
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21