Page 14 - Ranger Revisi Cepat 2022 - Sejarah
P. 14
Sejarah SPM Bab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
Perang Dunia Kedua di Eropah
1. Perang Dunia Kedua di Eropah tercetus apabila Jerman menyerang Poland pada
September 1939.
2. Peristiwa tersebut menyebabkan Britain dan Perancis mengisytiharkan perang
terhadap Jerman.
(a) Penaklukan Jerman terhadap Eropah Barat
(i) Selepas perang diisytiharkan, Jerman memulakan serangan Blitzkrieg
untuk menakluk negara-negara di Eropah Barat.
(ii) Blitzkrieg bermaksud serangan kilat. Kapal terbang Jerman mengebom
sasaran musuh, diikuti dengan serangan
kereta kebal dan tentera bermotosikal.
(iii) Menjelang pertengahan tahun 1941, Jerman
menguasai hampir keseluruhan negara di
4
Eropah Barat.
(iv) Jerman berjaya menawan Poland, Denmark,
Norway, Belanda, Belgium, Luxembourg dan
Perancis.
(b) Pengeboman terhadap Britain
(i) Pada September 1940 hingga Jun 1941,
Jerman melancarkan serangan udara
dan laut terhadap Britain.
(ii) Jerman menyerang dan memusnahkan
pelabuhan, kawasan perindustrian dan
pertahanan udara Britain.
(iii) Serangan tersebut telah menjejaskan
ekonomi Britain.
(c) Penyertaan Itali dalam Perang di Eropah
(i) Pada Jun 1940, sekutu Jerman, iaitu Itali mengisytiharkan perang ke
atas Britain dan Perancis.
(ii) Itali menyerang Perancis dari arah selatan, manakala Jerman menyerang
Perancis dari arah utara.
(d) Serangan Jerman ke atas Rusia
(i) Selepas menguasai Eropah Barat, Jerman
melancarkan Operasi Barbarossa, iaitu serangan
besar-besaran untuk menawan Rusia.
(ii) Hitler ingin menguasai Rusia, iaitu empayar terbesar
di Eropah untuk menguasai seluruh Eropah.
(iii) Operasi tersebut mensasarkan bandar utama di
Rusia, iaitu Leningrad, Moscow dan Stalingrad.
(iv) Dalam Operasi Barbarossa, Hitler mengarahkan tiga
juta tentera menyerang Rusia dengan 3,350 kereta
kebal dan 2,270 kapal terbang. Operasi ini disertai
oleh tentera Finland, Hungary dan Romania.
40
03 RANGER SEJ TG4 2P.indd 40 02/07/2021 4:18 PM

