Page 15 - Ranger Revisi Cepat 2022 - Sejarah
P. 15

Sejarah  SPM  Bab 3  Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita



             Kuiz
             Kuiz                                                            Operasi
             Kuiz
             Kuiz
                                                                             Barbarossa
                Apakah maksud Blitzkrieg?
                                                                     VIDEO
              Berakhir Perang Dunia Kedua di Eropah
                1.  Faktor kemenangan Kuasa Bersekutu dalam Perang Dunia Kedua ialah:            4
                   (a)  Kerjasama kuasa besar
                   (b)  Keberkesanan strategi serangan balas
                2.  Kemenangan Kuasa Bersekutu memberi iktibar kepada kita tentang kepentingan
                   bekerjasama dan bermuafakat dalam menghadapi cabaran.
                3.  Kerjasama kuasa besar
                   (a)  Presiden Amerika Syarikat, Franklin Roosevelt
                       dan Perdana Menteri Britain, Winston Churchill
                       sering  bertemu  untuk  membuat  keputusan
                       politik dan ketenteraan.
                   (b)  Kerjasama  tersebut  kemudiannya  melibatkan
                       Presiden Rusia, Joseph Stalin.
                   (c)  Di  medan  perang,  Tentera  Bersekutu  dari
                       ketiga-tiga  perkhidmatan,  darat,  udara  dan
                       laut beroperasi di bawah Komander Tertinggi
                       Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat.
                4.  Keberkesanan strategi serangan
                   (a)  Kuasa Paksi gagal membuat keputusan politik dan ketenteraan dalam Operasi
                       Barbarossa untuk menawan Rusia.
                   (b)  Kuasa Bersekutu di bawah pimpinan Amerika Syarikat menunjukkan keunggulan
                       strategi perancangan terutama dalam operasi pendaratan Tentera Bersekutu
                       di Normandy, Perancis.
                5.  Kegagalan operasi menawan Rusia
                   (a)  Pada peringkat awal, penaklukan berjalan lancar. Tentera
                       Jerman berjaya menghampiri bandar utama Rusia, iaitu
                       Leningrad, Moscow dan Stalingrad.
                   (b)  Namun,  Jerman  kehilangan  banyak  nyawa  tenteranya
                       kerana perang melewati dua musim sejuk di Rusia.
                   (c)  Berperang  dalam  tempoh  yang  panjang  menyebabkan
                       tentera Jerman kehabisan peluru, minyak dan makanan
                       yang akhirnya melemahkan semangat tenteranya.
                   (d)  Jeneral  Jerman,  Friedrich  Von  Paulus  mengingkari
                       perintah Hitler untuk meneruskan perang dan  akhirnya  Friedrich Von Paulus
                       menyerah kalah kepada tentera Rusia pada Januari 1943
                       di Stalingrad.





                                                  41




    03 RANGER SEJ TG4 2P.indd   41                                                     02/07/2021   4:18 PM
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20