Page 33 - Ranger Revisi Cepat 2022 - Sejarah
P. 33

Sejarah  SPM  Bab 3  Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
                 (d)  Tindakan Bintang Tiga menyeksa dan membunuh anggota polis, askar, pegawai
                     daerah  dan  pasukan  sukarelawan  Melayu  dianggap  melampau  dan  mencabar
                     kesabaran.
               3.  Tindak balas Orang Melayu
                 (a)  Orang  Melayu  bersatu  apabila  Bintang  Tiga  mengancam  institusi  politik,
                     kekeluargaan dan agama Islam.
                 (b)  Gangguan Bintang Tiga dalam urusan keagamaan di surau dan masjid menyebabkan
                     orang Melayu membentuk Gerakan Fi-Sabilillah untuk mempertahankan maruah
                     bangsa, hak dan harta serta kelangsungan hidup orang Melayu.
                 (c)  Kepimpinan ulama tempatan memberikan inspirasi kepada masyarakat Melayu    4
                     berhadapan dengan kezaliman Bintang Tiga.
                     (i)  Di  Johor,  Kiai  Salleh  mempelopori  penentangan  terhadap  Bintang  Tiga
                         dengan menubuhkan pasukan Tentera Selempang Merah.
                     (ii)  Di Sungai Manik, Perak, Tuan Haji Bakri Haji Mohd Saman menjadi Khalifah
                         Parang Panjang dalam usaha mempertahankan orang Melayu.
               4.  Kompromi dan usaha perundingan
                 (a)  Usaha Dato’ Onn Jaafar
                     (i)  Dato’  Onn  Jaafar  dilantik  oleh  Sultan  Ibrahim  sebagai  Pegawai  Daerah
                         Batu  Pahat  dengan  tugas  utama menamatkan  kekacauan  dan memulihkan
                         keamanan di Batu Pahat.
                     (ii)  Ogos 1945, Dato’ Onn Jaafar mengatur perundingan antara Kiai Salleh dan
                         pemimpin Melayu dengan ketua Bintang Tiga di Dewan Perniagaan Cina Batu
                         Pahat.
                     (iii)  Dato’ Onn Jaafar berjaya memujuk Kiai Salleh membebaskan orang Cina
                         yang ditahan di Parit Raja, manakala Bintang Tiga menamatkan penguasaan
                         mereka di Balai Polis Batu Pahat.
                     (iv)  Kedua-dua  pihak  memberikan  kerjasama  kepada  beliau  sebagai  Pegawai
                         Daerah untuk mengembalikan keamanan di Johor.
                  (b) Peranan Raja-raja Melayu
                     (i)  Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar berangkat ke Kuala Lipis mengingatkan
                         penduduk agar tidak  berlaku pergaduhan antara Melayu dengan Cina.
                     (ii)  Sultan Perak, Sultan Abdul Aziz mengadakan lawatan dan pemantauan ke
                         beberapa daerah bagi memastikan tiada berlaku pergaduhan antara Melayu
                         dengan Cina.
               5.  Sarawak selepas Jepun menyerah kalah
                 (a)  Sebelum pendaratan tentera Australia pada 11 September 1945, ketegangan
                     antara kaum berlaku di beberapa tempat.
                 (b)  Di Kanowit, permusuhan berlaku antara bekas gerila peribumi yang dilatih oleh
                     SRD dengan orang Cina yang bersubahat dengan tentera Jepun.
                 (c)  Di  Kuching,  campur  tangan  segera  tentera  Australia  mengenakan  perintah
                     berkurung berjaya menghalang pertumpahan darah antara kaum.


             PRAKTIS      FORMATIF  3.9


               1.  Nyatakan pihak yang menentang pendudukan Jepun di negara kita.
                                                                               KBAT
               2.  Jelaskan kesan jika keharmonian kaum di negara kita tidak dipelihara.  KBAT

                                                  59




    03 RANGER SEJ TG4 2P.indd   59                                                     02/07/2021   4:18 PM
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38