Page 32 - Ranger Revisi Cepat 2022 - Sejarah
P. 32
Sejarah SPM Bab 3 Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
Kekalahan Tentera Jepun dan Pengakhiran Perang Dunia Kedua
Tarikh Peristiwa
6 Ogos 1945 Bom atom “Little Boy” digugurkan ke atas bandar Hiroshima.
8 Ogos 1945 Kabinet Jepun bermesyuarat memutuskan untuk meneruskan peperangan.
9 Ogos 1945 Bom atom “Fat Man” digugurkan ke atas bandar Nagasaki.
15 Ogos 1945 Maharaja Hirohito mengumumkan Jepun menyerah kalah kepada Kuasa
Bersekutu.
1. Selepas Jepun menyerah kalah, Lord Louis Mountbatten (Lord Mountbatten),
Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara merancang untuk segera
mendarat di Tanah Melayu.
2. Beliau tidak dibenarkan berbuat demikian sehingga selesai upacara penyerahan rasmi
4
oleh pemerintah tentera Jepun kepada Jeneral Douglas MacArthur, Pemerintah
Tertinggi Tentera Bersekutu di Pasifik pada 2 September 1945.
3. Tentera British mula kembali ke Tanah Melayu pada 3 September 1945.
Tarikh Peristiwa
3 September 1945 Pendaratan pertama tentera British di Pulau Pinang.
10 September 1945 Pemerintah Tertinggi Tentera Jepun ke-37, Leftenan Jeneral
Masao Baba menyerah kalah di Surrender Point, Labuan.
Mejar Jeneral Hiyoe Yamamura menyerah kalah kepada
11 September 1945 Tentera Bersekutu di atas kapal Tentera Laut Australia,
HMAS Kapunda di Kuching, Sarawak.
Pernyataan menyerah kalah tentera Jepun kepada Tentera
Bersekutu ditandatangani oleh Leftenan Jeneral Seishiro
12 September 1945 Itagaki, Pemerintah Tertinggi Tentera Ekspedisi Jepun
Wilayah Selatan dan Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi
Tentera Bersekutu di Asia Tenggara, di Singapura.
Jeneral Teizo Ishiguro menyerah kalah kepada Leftenan O.L.
13 September 1945 Roberts di Kuala Lumpur.
Penguasaan Bintang Tiga di Tanah Melayu
1. Selepas tentera Jepun menyerah kalah, wujud kekosongan kuasa politik kerana
kelewatan pendaratan tentera British.
2. Kesempatan digunakan oleh Bintang Tiga Parti Komunis Malaya (PKM) melalui MPAJA
untuk mengambil alih penguasaan di Tanah Melayu.
(a) Lebih kurang 14 hari Tanah Melayu berada di bawah penguasaan Bintang Tiga.
(b) PKM melalui Bintang Tiga menguasai bandar, balai polis dan pejabat pentadbiran
kerajaan yang ditinggalkan oleh tentera Jepun.
(c) Bintang Tiga menjalankan undang-undang sendiri dan menggunakan mahkamah
yang dikendalikan oleh komunis untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap
sesiapa yang bekerjasama dengan Jepun, terutama orang Melayu.
58
03 RANGER SEJ TG4 2P.indd 58 02/07/2021 4:18 PM

