Page 28 - Ranger Revisi Cepat 2022 - Sejarah
P. 28

Sejarah  SPM  Bab 3  Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita

             2.  Gurchan Singh
                (a)  Gurchan  Singh  merupakan  anggota  polis  sebelum
                    pendudukan Jepun.
                (b)  Beliau menentang  pendudukan tentera Jepun dengan
                    menyebarkan  risalah  dan  propaganda  menggunakan
                    nama samaran Lion of Malaya.
                (c)  Risalah  penentangan  yang  dihasilkan  oleh  Gurchan
                    Singh diedarkan secara teratur dan berkesan untuk
                    memberitahu  penduduk  tentang  fakta  sebenar
                    mengenai perang dan pendudukan tentera Jepun.
                (d)  Beliau  berjaya  menghadiri  sidang  akhbar  tentera
                    Jepun dengan menyamar sebagai wartawan.
                (e)  Beliau  menjadi  dalang  dalam  sabotaj  terhadap  landasan  keretapi  yang
                    menjejaskan pengangkutan tentera Jepun.
     4
                (f)  Beliau ditangkap oleh Kempeitai setelah dikhianati, namun dapat melarikan
                    diri ke Burma sehingga perang tamat.


           Gerakan Anti-Jepun di Sarawak dan Sabah

             1.  Operasi Semut
               (a)  Operasi Semut merupakan siri operasi peninjauan
                   oleh  Unit  Khas  Z  Australia  sebagai  sebahagian
                   daripada  kempen  Tentera  Bersekutu  menentang
                   Jepun di Sarawak.
               (b)  Operasi  dilaksanakan  oleh  Jabatan  Peninjauan
                   Perkhidmatan Australia atau Australian  Services
                   Reconnaissance Department (SRD).
               (c)  Bertujuan mengumpulkan risikan dan melatih orang
                   tempatan  melancarkan  perang  gerila  menentang     Anggota SRD
                   Jepun.
               (d)  Anggota SRD terdiri daripada tentera Australia,
                   British dan New Zealand.
               (e)  Pada Mei 1945, anggota SRD mendarat di kawasan
                   tengah  dan  timur  laut  Sarawak  untuk  mengatur
                   penentangan  terhadap  Jepun  dan  membuat
                   persediaan bagi pendaratan Tentera Bersekutu.
               (f)  Rekrut  tempatan  dikenali  sebagai  Gerila  Semut
                   yang dianggotai oleh orang Kayan, Kenyah, Kelabit,   Gerila Semut
                   Murut dan Iban.
               (g)  Kepakaran  Gerila Semut  penting  dalam  usaha  merancang  taktikal  perang
                   gerila menentang tentera Jepun kerana sebagai penduduk tempatan, mereka
                   mengetahui selok-belok bumi Sarawak.







                                                54




    03 RANGER SEJ TG4 2P.indd   54                                                     02/07/2021   4:18 PM
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33