Page 29 - Ranger Revisi Cepat 2022 - Sejarah
P. 29

Sejarah  SPM  Bab 3  Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
                 (h)  Kawasan Operasi Semut

                       Gerila Semut          Kawasan Operasi
                       Semut I        Lembah Bario  hingga  ke  Belait  dan
                                      Trusan

                       Semut II       Lembangan  Sungai  Baram,  Tutong,
                                      Marudi dan Brunei

                       Semut III      Lembangan Sungai Rajang                                    4

                       Semut IV       Bintulu dan Mukah

               2.  Pemberontakan Jesselton (Kota Kinabalu)
                 (a)  Pemberontakan  Jesselton  dikenali  juga  sebagai
                     pemberontakan Double Tenth, iaitu penentangan terhadap
                     pendudukan tentera Jepun di Sabah.
                 (b)  Penentangan  dilakukan  oleh  kumpulan  Albert  Kwok  yang
                     dikenali sebagai Gerila Kinabalu.
                 (c)  Pada Oktober 1943, Gerila Kinabalu menyerang  pejabat
                     pentadbiran  dan  kemudahan  tentera  serta  membunuh
                     tentera  Jepun  di  Jesselton,  Kota  Belud,  Menggatal  dan
                     Tuaran.
                 (d)  Tentera Jepun melancarkan serangan balas dengan pantas
                     dan kejam. Perkampungan di persisiran pantai diserang dan   Albert Kwok
                     dibom.
                 (e)  Beratus-ratus orang disoal siasat dan diseksa dalam
                     usaha mencari pemimpin dan anggota pemberontak.
                 (f)  Pada Disember 1943, Albert Kwok menyerah diri demi
                     menamatkan serangan balas tentera Jepun terhadap
                     orang awam.
                 (g)  Beliau bersama 175 orang dihukum bunuh di Petagas
                     dan 131 orang dipenjarakan di Labuan.
                 (h)  Terdapat juga pasukan gerila anti-Jepun yang dipimpin
                     oleh Datu Mustapha Datu Harun.
                                                                       Datu Mustapha Datu Harun





             PRAKTIS      FORMATIF  3.7


               1.  Apakah maksud gerila?
                                                                      KBAT
               2.  Jelaskan iktibar daripada pendudukan Jepun di negara kita.  KBAT



                                                  55




    03 RANGER SEJ TG4 2P.indd   55                                                     02/07/2021   4:18 PM
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34