Page 31 - Ranger Revisi Cepat 2022 - Sejarah
P. 31

Sejarah  SPM  Bab 3  Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita

              Kesedaran Politik di Sarawak dan Sabah
                1.  Kegiatan penduduk Sarawak dikawal melalui persatuan yang ditaja tentera Jepun.
                2.  Persatuan Cina digabungkan menjadi Kakeo Kokokai, iaitu Persatuan Cina Seberang
                   Laut  anjuran  Jepun  yang  menggabungkan  persatuan  Cina  merangkumi  dialek,
                   daerah dan nama keluarga di bawah satu pertubuhan.
                3.  Orang Melayu dan Iban diberi jawatan dan kuasa yang lebih tinggi sebagai Pegawai
                   Daerah yang sebelumnya disandang oleh pegawai British. Contohnya:
                                                                                                 4
                        Pegawai Daerah             Daerah
                    Abang Haji Openg       Kuching

                    Empenit Adam           Simanggang
                    Satem                  Lawas
                                                                   Abang Haji Openg

                4.  Menjawat jawatan tinggi memberi kesedaran dan keyakinan
                   kepada pegawai tempatan untuk menjalankan tugas penting.
                5.  Kesedaran politik melalui pengalaman semasa pendudukan Jepun
                   menjadikan bumiputera Sarawak lebih yakin untuk berkerajaan sendiri
                   selepas Perang Dunia Kedua.
                6.  Pendudukan Jepun menyuntik kesedaran berpolitik dalam kalangan
                   masyarakat setempat di Sabah.
                7.  Selepas  pendudukan  Jepun,  Tengku  Noordin,  Abu  Bakar  dan  Zakaria  Gunn
                   menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) berdasarkan idea Harun
                   Aminurrashid, nasionalis Tanah Melayu.
                8.  Di bahagian pantai timur Sabah, Parti Kebangsaan Melayu Tawau ditubuhkan dan
                   dipengerusikan oleh Orang Kaya-kaya Abu Bakar.



             PRAKTIS      FORMATIF  3.8

               1.  Nyatakan matlamat Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS).
               2.  Apakah kelebihan  yang diterima oleh pemimpin Melayu dan Iban semasa
                                              KBAT
                  pendudukan Jepun di Sarawak?  KBAT

                3.9    Keadaan Negara Kita Selepas Kekalahan
                       Jepun


               1.  Amerika Syarikat menggunakan bom atom terhadap Jepun pada bulan Ogos 1945.
               2.  Peristiwa  tersebut  membawa  kekalahan  kepada  tentera  Jepun  dan  berakhirnya
                 Perang Dunia Kedua.


                                                  57




    03 RANGER SEJ TG4 2P.indd   57                                                     02/07/2021   4:18 PM
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36