Page 36 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 36
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 2 Karangan Esei
Soalan 2
Sukar untuk kita menafikan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan. Senario seperti ketagihan
permainan video sebenarnya bergantung kepada setiap individu dalam menentukan tahap
kemampuan mereka untuk menahan diri daripada terus bermain. Penulis mengakui bahawa
sememangnya mudah untuk melafazkan perkataan “berhenti” tetapi amat sukar sekali untuk
melaksanakannya.
Seperti yang diketahui, permainan video dianggap sebagai hiburan pada masa lapang untuk
mengurangkan tekanan ataupun sekadar hiburan. Namun begitu, ada pihak yang sanggup untuk
berhabis wang menghadap komputer di kafe siber, malah ada yang sanggup untuk duduk di
rumah sekadar menikmati keseronokan permainan video sehingga digelar antisosial.
(Dipetik daripada rencana, “Obses Permainan Video”, MyMetro, 12 Februari 2015)
Pusat permainan video di tempat anda sering menjadi tumpuan kumpulan murid yang ponteng sekolah
berhampiran untuk melepak. Sebagai warga yang prihatin, anda telah menulis sepucuk surat kepada pihak yang
berkenaan agar tindakan segera diambil demi mengekang kegiatan itu.
Tulis surat tersebut selengkapnya. Domain: Awam
B Surat Kiriman Tidak Rasmi
Model Karangan
Kepulauan Langkawi terdiri daripada gugusan 99 buah pulau tropika di persisiran Pantai
Barat Laut Semanjung Malaysia, kira-kira 30 kilometer dari Kuala Perlis dan 51 kilometer
dari Kuala Kedah.
Pulau yang popular, iaitu Pulau Langkawi mempunyai warisan yang unik dan penuh
dengan cerita hikayat perwira, burung raksasa, dan puteri jelita daripada kayangan. Langkawi
dianggap sebagai syurga tropika yang mekar dengan tumbuhan khatulistiwa yang didiami
oleh habitat yang terpelihara.
Sejarah Langkawi bermula sejak 500 juta tahun dahulu. Pulau ini terdiri daripada
rangkaian batu-batan yang unik dan merangsang imaginasi para pengunjung.
(Dipetik daripada rencana “Tempat-tempat Menarik di Langkawi”,
Langkawi.Pages.Com, 15 Mei 2015)
Petikan di atas menyatakan keindahan pulau yang menjadi daya tarikan para pelancong. Selain keindahan
pulau, negara kita juga memiliki banyak destinasi pelancongan yang menarik.
Anda menerima sepucuk surat daripada sahabat pena yang tinggal di luar negara. Sahabat
Tempat
anda ingin mengetahui tempat-tempat pelancongan menarik yang terdapat di Malaysia. Menarik
di Malaysia
Balas surat tersebut selengkapnya. Domain: Awam INFO
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 24

