Page 35 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 35
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 2 Karangan Esei
5. Di samping itu, sampah sarap yang tidak dipungut selama berhari-hari akan menyebabkan
pencemaran persekitaran. Dengan kehadiran anjing-anjing liar di kawasan itu, maka haiwan
ini sudah tentu akan menyelongkar sampah sarap berkenaan sehingga berhamburan. Banyak
sampah yang dibuang oleh penduduk seperti botol plastik, tin kosong, beg plastik, dan kotak
dilihat bertaburan di sekitar tempat tinggal kami. Masalah ini akan mencacatkan pemandangan
sekali gus menjejaskan kesejahteraan penduduk.
6. Sehubungan dengan masalah yang kami hadapi, kami mencadangkan agar pihak tuan
dapat mengambil tindakan dengan segera bagi menanganinya. Kami berharap agar pihak
tuan dapat memungut sampah sarap di tempat tinggal kami mengikut jadual yang ditetapkan
seperti yang dilakukan sebelum ini. Pihak tuan juga boleh membuat pemantauan di sekitar
taman perumahan ini bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi.
7. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
Abdul Hadi
…………………………………….………
(aBDuL HaDi BiN MuHaMMaD LiN)
Setiausaha Persatuan Penduduk,
Taman Kencana.
Praktis SPM 1
Tulis karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan bagi setiap soalan di bawah ini.
Soalan 1
Mutu pengangkutan awam di negara kita masih kurang memuaskan walaupun kerajaan melakukan
pelbagai usaha untuk meningkatkannya. Hal ini demikian kerana, sikap sesetengah pengusaha
pengangkutan awam yang kurang menitikberatkan kualiti perkhidmatan mereka.
Di zaman global ini, persaingan semakin sengit. Oleh itu, segalanya perlu bergerak pantas
termasuk kecekapan pengangkutan awam. Hal ini penting supaya para pengguna dapat sampai
ke destinasi yang dituju dengan cepat dan tidak membuang masa.
(Dipetik daripada rencana, “5 Faktor yang Perlu diambil Berat untuk
Tingkatkan Mutu Pengangkutan Awam di Malaysia”
oleh Muhammad Kamarulazizi, The Vocket, 31 Julai 2016.
Petikan di atas menyatakan sebahagian masalah yang melibatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di
negara kita.
Sebagai pengguna pengangkutan awam, anda kurang berpuas hati dengan mutu perkhidmatan pengangkutan
awam yang digunakan. Anda ingin menulis surat kepada pengusaha pengangkutan awam tersebut bagi
menerangkan masalah yang dihadapi dan menyatakan langkah-langkah untuk menanganinya.
Tulis surat anda itu selengkapnya. Domain: Awam
23 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

