Page 38 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 38

Bahasa Melayu  Ting. 4 KSSM  Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
           Tugasan Berpandu       1


           Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif. Kemudian
           anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan
           bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
           imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.


             Kerajaan telah menetapkan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan
             pendidikan bertaraf  dunia, di samping memastikan kualiti pendidikan negara selari dengan
             standard antarabangsa.
                 Dasar dan falsafah pendidikan negara yang dilaksanakan oleh kerajaan telah berjaya
             dalam melahirkan modal insan dan menyelesaikan masalah kemiskinan dalam kalangan rakyat,
             khususnya di luar bandar. Kerajaan juga berjaya dalam melengkapkan dasar pendidikan negara
             yang sempurna untuk melahirkan modal insan bagi memenuhi negara maju.

                               (Dipetik dan diubah suai daripada “Pelan Pembangunan Malaysia Melonjak
                             Kualiti Pendidikan Negara”, oleh Samat Buang, Dewan Siswa, November 2012)



             1.   Kata Kerja
                  (i)  menetapkan

                      Pihak pengurusan organisasi tersebut telah menetapkan bahawa setiap kakitangan yang
                      berkerja lebih masa akan dibayar dua kali ganda.

                  (ii)  dilaksanakan
                      Program perkhemahan yang akan  dilaksanakan pada minggu hadapan ditangguhkan

                      ekoran penularan Covid-19 yang semakin berleluasa.
                      (Mana-mana jawapan yang betul diterima)
                                                                                             [6 markah]

             2.   Kata Adjektif
                  (i)  kecemerlangan
                      Peranan ibu bapa dan komuniti dalam menyumbang ke arah kecemerlangan akademik

                      murid perlu diberikan pengiktirafan.

                  (ii)  maju
                      Projek penternakan ikan dalam sangkar yang diusahakan oleh pemuda yang kurang upaya
                      itu semakin bertambah maju.

                      (Mana-mana jawapan yang betul diterima)
                                                                                             [6 markah]



           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               52
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43