Page 40 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 40

Bahasa Melayu  Ting. 4 KSSM  Bab 3 Sistem dan Aplikasi Bahasa
           Tugasan Berpandu       2


           Berdasarkan petikan di bawah ini, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang
           betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong.



                  Sebagai pendidik, kemajuan  teknologi perlu dimanfaatkan semasa  proses  pembelajaran
              dan pengajaran (PdP). PdP sedia ada perlu diberikan penerapan teknologi yang terdapat dalam
              Revolusi Industri 4.0 agar suasana pembelajaran menjadi lebih menarik. Walau bagaimanapun,
              kemajuan teknologi ini masih menjadi cabaran kepada para pendidik yang hanya dapat diatasi
              dengan perubahan minda para pendidik. Kekangan dalam pelaksanaan PdP berasaskan teknologi
              ialah kemudahan infrastruktur yang terhad. Sistem pendidikan di Malaysia telah berada pada
              landasan yang seiring dengan perubahan dan revolusi pendidikan di seluruh dunia.

                        (Dipetik dan diubah suai daripada “Memberikan Definisi Baharu sebagai Pendidik”
                                             oleh Nor Azam Abdul Rahman, Dewan Masyarakat, Mei 2019)



           (i)  Siapakah yang perlu memanfaatkan kemajuan teknologi dalam pembelajaran dan

                pengajaran (PdP)?



           (ii)  Bilakah teknologi boleh digunakan?





           (iii)  Apakah yang perlu diberikan penerapan teknologi yang terdapat dalam Revolusi Industri 4.0?





           (iv)  Mengapakah teknologi perlu diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah?





           (v)  Bagaimanakah cabaran penggunaan teknologi dalam pendidikan dapat diaplikasikan?



           (vi)  Di  negara manakah sistem pendidikan berada pada landasan yang  seiring dengan revolusi
                pendidikan dunia?



                                                                                             [6 markah]


           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.               58
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45