Page 60 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 60
Informasi tentang soalan Rumusan
berdasarkan format SPM terkini
BAB Dulu: Kini
*soalan mengandungi
5 Rumusan *soalan mengandungi satu satu petikan dan 1
petikan
bahan grafik
* mempunyai soalan
pemahaman berdasarkan * Tiada soalan
petikan pemahaman
berdasarkan petikan
Keperluan Peperiksaan SPM
Soalan Skop Soalan Markah
Soalan 9 : Rumusan • Membuat rumusan mengikut fokus pelbagai bahan yang 30 markah
disediakan.
• Menulis rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan.
Panduan Menjawab Soalan
A Panduan Menulis Rumusan
1. Baca petikan dan teliti bahan-bahan sumber yang diberikan. Kemudian, buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.
2. Arahan soalan tidak menyatakan tugasan atau fokus rumusan.
3. Bahan-bahan sumber mungkin terdapat dua atau tiga fokus soalan.
4. Bahan rumusan terdiri daripada sekurang-kurangnya dua bahan sumber yang berbeza
seperti petikan, bahan grafik, puisi, carta, gambar, dan sebagainya.
5. Bahan-bahan sumber yang diberikan berdasarkan tema yang sama.
6. Calon perlu mengenal pasti semua fokus yang terdapat dalam bahan-bahan sumber.
7. Bahan sumber petikan mempunyai tidak kurang daripada dua fokus, manakala bahan
sumber lain mempunyai satu atau dua fokus.
8. Rumusan hendaklah mempunyai:
(i) Pendahuluan
(ii) Isi-isi
(iii) Penutup
9. Pemarkahan rumusan adalah seperti yang berikut:
Bil Skop Markah
1 Pendahuluan 2 markah
2 Isi 16 markah
3 Penutup 2 markah
JUMLAH 20 markah
10. Setiap rumusan mestilah mempunyai lapan isi. Setiap isi bernilai dua markah.
11. Rumusan hendaklah ditulis dalam bentuk esei. Markah yang diperuntukkan ialah 20 markah.
12. Markah bahasa adalah sebanyak sepuluh dan dinilai secara holistik.
13. Pemarkahan bahasa bagi rumusan adalah seperti yang berikut:
Markah Kriteria
8 – 10 markah Cemerlang
5 – 7 markah Baik
3 – 4 markah Sederhanaa
1 – 2 markah Lemah
14. Kesimpulan ditulis berdasarkan tema bahan sumber.
127 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

