Page 61 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 61
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 5 Rumusan
Rumusan Cemerlang
Bahan 1 – Petikan
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Perpaduan merujuk penyatuan pelbagai kelompok • identiti – aspek-aspek tertentu
yang dapat menunjukkan sifat diri
masyarakat yang mempunyai latar belakang yang berbeza seseorang
membentuk identiti kebangsaan. Sejak merdeka sehingga • prasangka – anggapan buruk
kini pelbagai prakarsa telah dilaksanakan yang bertujuan untuk terhadap sesuatu/ seseorang sebelum
mencapai perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. mengetahui hal yang sebenar
Penghayatan terhadap Rukun Negara dalam kalangan
rakyat mampu untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Selain itu, semangat perpaduan
dapat dipupuk melalui persekitaran sekolah yang muhibah dan toleransi yang membolehkan
murid-murid berinteraksi sesama mereka. Di samping itu, bahasa merupakan elemen yang
paling penting untuk memupuk perpaduan di sekolah. Bahasa menjadi alat komunikasi berkesan
untuk menyampaikan maklumat dan komunikasi harian. Oleh yang demikian, bahasa Melayu
diangkat sebagai bahasa perpaduan, iaitu bahasa yang mudah difahami oleh semua lapisan
masyarakat tanpa sebarang prasangka. Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka
Program Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMuP). Program ini bertujuan untuk mengeratkan
perpaduan dalam kalangan murid yang berbilang kaum melalui aktiviti yang dijalankan oleh
pihak sekolah, seperti sambutan hari perayaan.
Perpaduan juga boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum di sekolah. Aktiviti
kokurikulum seperti sukan dan permainan, kelab dan persatuan, dan unit beruniform harus
dipergiat dan ditingkatkan. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengukuhkan perpaduan, malah
membina daya kepimpinan dalam diri murid dan memupuk kemahiran insaniah murid-murid.
Pembentukan sekolah wawasan juga memberikan kesan yang positif dalam mewujudkan sikap
saling menghormati antara murid yang berbilang kaum di sekolah. Sekolah ini berkesan untuk
melahirkan masyarakat majmuk yang lebih utuh pada masa hadapan.
Kesimpulannya, di sebalik isu-isu perkauman yang dimainkan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab, hakikatnya masih banyak pihak yang berusaha sebagai agen untuk memupuk
nilai perpaduan ini. Semua pihak haruslah sama-sama berganding bahu meningkatkan lagi nilai-
nilai perpaduan antara kaum kerana perpaduan amat mahal nilainya.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Perpaduan Kaum: Sekolah sebagai Agen
Penyatuan” oleh Zulfazlan Jamrah, Dewan Siswa, Ogos 2017)
Bahan 2 – Grafik
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 128

