Page 64 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 64

Bahasa Melayu  Ting. 4 KSSM  Bab 5 Rumusan


              Langkah 3   Fokus 1: Kesan penggunaan telefon pintar
               1.  Murid bertindak agresif dengan merakamkan aktiviti yang tidak bermoral.
               2.  Murid mudah terikut-ikut dengan persekitaran dan pada mempunyai perasaan ingin melakukan

                  perkara yang dilihat.
               3.  Impak yang besar terhadap perubahan tingkah laku murid.

               4.  Penggunaan telefon pintar sehingga lewat malam menyebabkan mereka tidak mendapat tidur
                  yang cukup hingga membawa kepada perubahan personaliti.
               5.  Penggunaan telefon pintar mengubah cara remaja berkomunikasi.

               6.  Penurunan tahap penglihatan yang teruk akan menyebabkan sakit kepala dan penglihatan.
               7.  Masalah mata kering, mata penat, dan kesakitan bahagian bahu dan leher.

               8.  Kerosakan saraf mata akibat pendedahan terhadap cahaya biru dari skrin paparan alat
                  elektronik.



              Langkah 4   Fokus 2: Kebaikan telefon pintar
               1.  Telefon pintar membolehkan murid menghubungi ibu bapa dan rakan-rakan.

               2.  Telefon pintar boleh menjadi sumber maklumat jika digunakan dengan baik.


              Langkah 5   Penutup

             Kesimpulannya, pengguna telefon pintar hendaklah bijak agar dapat menghindari sebarang keburukan.




              Tugasan Berpandu      2

             Baca  petikan  dan  teliti  bahan  grafik  yang  disertakan  di  bawah  ini,  kemudian  buat  satu  rumusan  yang
             panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
             tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
             Bahan 1 – Petikan

                                                                            • kekangan – masalah
                Budaya bersukan dalam kehidupan seharian, secara tidak      • arus modenisasi – zaman moden
                                                                            • aspirasi – cita-cita
                langsung akan melahirkan masyarakat yang sihat. Pelbagai
                masalah kesihatan seperti obesiti, tekanan darah tinggi, penyakit
                jantung, serta strok dapat dihindari. Realitinya, banyak  kekangan yang dihadapi oleh rakyat
                Malaysia untuk membudayakan sukan ekoran  arus modenisasi yang sangat mengehadkan
                usaha bersukan kerana banyak masa dihabiskan di tempat kerja.
                    Kebanyakan rakyat di negara ini menghabiskan cuti hujung minggu dengan balik ke
                kampung atau membeli-belah barangan keperluan harian. Jika hari bekerja, banyak masa
                dihabiskan dalam kesesakan jalan raya. Seandainya ingin bersukan di luar rumah, cuaca di

                                                         131                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69