Page 56 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 56

Bahasa Melayu  Ting. 4 KSSM  Bab 4 Pemahaman

             Bahan 2


                    Pekedai yang mula-mula menyapa kami tadi, melangkah masuk. Di tangannya menatang
                dulang yang memuatkan enam gelas teh epal panas. Baunya begitu harum dan segar. Kami semua
                dipelawa minum.
                    “Free?”tanya Kak Chah sebagai langkah berjaga-jaga.
                    “Of course, lady. All of you are very special,” jawabnya sambil menyuakan dulang kepadaku.

                    Semasa aku menghirup teh, pekedai itu cuba beramah tamah denganku. Menurutnya, aku
                kelihatan seperti artis apabila mengenakan cermin mata hitam, tetapi aku akan menjadi seperti diri
                sendiri tanpa cermin mata itu. Dia meminta izin untuk melihat warna mataku. Aku hampir ketawa
                terbahak-bahak. Pandai betul Mat Turki ini mengambil hati pelanggan. Dia juga menyuruh aku
                menanggalkan jaket yang kupakai dan mencuba jaket kulit dikedainya. Katanya, aku kelihatan
                seperti bintang filem jika memakai jaket kulit. Aku hanya tersenyum.

                        (Dipetik daripada cerpen “Jaket Kulit Kijang dari Istanbul” antologi Jaket Kulit Kijang dari
                                                    Istanbul, Tingkatan 4, Kementerian Pendidikan Malaysia)



             Bahan 3




                                               PANTUN JOM BERCUTI

                  Mahal harga daging dan hati                   Rasa dahaga bekerja seharian
                  Sekilo sawi harganya murah                    Kerjanya perlahan lidi diraut
                  Bawa keluarga ketika bercuti                  Sama keluarga ke Pulau Perhentian
                  Pulau Langkawi tempatnya indah                Menikmati keindahan dasar laut


                  Burung merpati hinggap di kubah               Di atas para letak penganan
                  Bulu berbintik cantic keperangan              Buah bidara di dalam talam
                  Pergi bercuti ke Sandakan Sabah               Taman Negara hutan simpanan
                  Terus mudik sungai Kinabatangan               Langkah kembara santuni alam


                  Meliuk petai ribut berpusar                   Dekat jeti orang berniaga
                  Patah sedahan terurai sarang                  Ada sedikit penjual petai
                  Bercuti di pantai selam ke dasar              Semasa bercuti bersama keluarga
                  Melihat keindahan batu karang                 Mendaki bukit di tepi pantai



                                                                                   Sumber: Internet







                                                          97                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61