Page 62 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 62
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 5 Rumusan
Model Rumusan
Rumusan membincangkan faedah, tanggungjawab kerajaan, dan langkah-langkah untuk
memupuk perpaduan.
Faedah memupuk perpaduan ialah melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Selain
itu, memupuk persekitaran sekolah yang muhibah dan toleransi yang membolehkan murid
berinteraksi sesama sendiri. Tambahan pula, perpaduan dapat mengekalkan keharmonian
rakyat di negara ini. Kementerian pendidikan menganjurkan program Integrasi Murid untuk
Perpaduan (RIMuP) di sekolah-sekolah yang mempunyai murid pelbagai kaum. Pihak
sekolah memastikan setiap murid yang berbilang kaum melibatkan diri dalam pelbagai
sambutan hari perayaan. Sekolah Wawasan akan mewujudkan sikap saling menghormati
antara murid berbilang kaum di sekolah.
Langkah-langkahnya ialah menggunakan bahasa Kebangsaan. Seterusnya,
menyemarakkan lagi kempen Cintai Bahasa Kebangsaan kepada seluruh rakyat di negara
ini.
Kesimpulannya, setiap orang perlu memupuk semangat perpaduan agar rakyat
sentiasa harmoni dan aman damai.
(120 patah perkataan)
Tugasan Berpandu 1
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan bahan.
Bahan 1 – Petikan
• multimedia – pelbagai media
• aplikasi – kegunaan secara praktikal
• personaliti – keperibadian
Telefon pintar merupakan alat komunikasi yang penting
dalam kehidupan masyarakat. Namun begitu, telefon
pintar boleh menyebabkan sesetengah murid bertindak agresif dengan merakamkan aktiviti
yang tidak bermoral walaupun sekadar gurauan. Murid mudah terpengaruh oleh persekitaran
dan mempunyai perasaan ingin mencuba terhadap perkara yang dilihatnya dan akhirnya
menjadi kebiasaan mereka.
Telefon pintar yang dilengkapi dengan kemudahan multimedia akan mendatangkan impak
yang besar terhadap perubahan tingkah laku murid, misalnya mereka mudah leka akan peranti
masing-masing dan kurang berinteraksi dengan rakan-rakan. Mereka lebih mementingkan
hiburan berbanding dengan pelajaran. Oleh yang demikian, pelajaran murid-murid terabai dan
pencapaian akademik mereka kian merosot. Murid-murid juga mudah terpengaruh oleh budaya
tidak sihat yang tersebar melalui aplikasi telefon pintar.
Secara tidak langsung, penggunaan telefon pintar boleh menyebabkan murid-murid
mengalami masalah untuk berkomunikasi dengan masyarakat. Misalnya, mereka lebih yakin
apabila berkomunikasi secara maya, iaitu menerusi aplikasi WhatsApp dan sebagainya, namun
mereka menjadi gagap dan kurang keyakinan diri apabila bersemuka dengan masyarakat. Lebih
malang lagi, murid-murid lebih gemar membaca khidmat pesanan ringkas (SMS) berbanding
dengan membaca buku. Walau bagaimanapun, penggunaan telefon pintar membolehkan murid-
murid untuk menghubungi keluarga. Telefon pintar juga boleh menjadi sumber maklumat jika
digunakan dengan baik. Namun begitu, penggunaan telefon pintar sehingga lewat malam boleh
129 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

