Page 65 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 65
Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM Bab 5 Rumusan
Malaysia agak panas dan menyebabkan seseorang itu cepat berasa dahaga dan penat. Jika
ingin bersukan di dalam rumah, peralatan sukan yang ingin dibeli agak mahal. Tambahan
pula, keadaan rumah yang sempit dan ruang yang terhad menyebabkan tiada ruang untuk
menyimpan peralatan sukan tersebut. Bagi yang berminat untuk sukan berbasikal, sukan ini
terdedah dengan keselamatan di jalan raya. Banyak penunggang basikal maut dilanggar oleh
kenderaan lain akhir-akhir ini.
Amalan bersukan perlu dipupuk sejak bangku sekolah lagi bagi menggalakkan rakyat di
negara ini melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah. Sikap ibu bapa yang mementingkan
akademik sehingga melarang anak-anak mereka terlibat dengan aktiviti sukan di sekolah
perlulah diubah. Aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara sukan perlu
disambut secara positif oleh semua pihak. Tanpa bantuan daripada pihak swasta dan sokongan
semua rakyat usaha ini akan gagal. Oleh itu, tanpa mempedulikan kekangan, setiap individu
perlu berusaha untuk melibatkan diri dalam sukan.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana "Budaya Bersukan Rakyat Malaysia"
oleh Mohd. Shukri Anwar, Dewan Budaya, Jun 2018)
Bahan 2 – Grafik
Langkah 1 Menganalisis Soalan
Kenal pasti tema bahan sumber tersebut. Baca petikan dan lihat bahan grafik dengan teliti, kemudian buat
rumusan tentang fokus yang terdapat dalam bahan-bahan sumber yang diberikan.
• Tema bahan sumber: Sukan dan Rekreasi
• Fokus 1: Halangan / Kekangan bersukan
• Fokus 2: Faedah-faedah bersukan
• Fokus 3: Usaha-usaha memupuk semangat kesukanan
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 132

