Page 67 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 67

Bahasa Melayu  Ting. 4 KSSM  Bab 5 Rumusan

             Praktis SPM 1

           Soalan 1 : Rumusan                                                               [30 markah]
           Baca  petikan  dan  teliti  bahan  grafik  yang  disertakan  di  bawah  ini,  kemudian  buat  satu  rumusan  yang
           panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
           tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

           Bahan 1 – Petikan
                                                                       • tersisih – terasing
                                                                       • antisosial – tidak bergaul; berbahaya
             Remaja  merupakan generasi yang bakal mewarisi  negara    • alternatif – pilihan
             pada masa akan datang. Pelbagai harapan disandarkan
             agar mereka berupaya untuk menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.
             Tanpa disedari, gejala sosial ini meningkat dari semasa ke semasa. Penyalahgunaan  dadah
             telah terbukti memusnahkan kehidupan individu yang memberikan kesengsaraan kepada
             keluarga, masyarakat, dan  negara. Penyalahgunaan dadah  merupakan musuh  utama negara
             yang melibatkan bukan sahaja  golongan dewasa,  malahan  golongan remaja  dan  kanak-kanak.
             Umum mengetahui bahawa penyalahgunaan dadah memberikan kesan negatif kepada remaja
             seperti masalah dalam pembelajaran kerana sering ponteng  sekolah. Penagih-penagih  dadah
             lazimnya akan berasa rendah diri dan tersisih daripada rakan-rakan yang lain.


                  Remaja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah turut terbabit dengan tingkah
             laku  antisosial seperti pergaduhan dan jenayah. Zaman remaja  ialah zaman kritikal dalam
             kehidupan seseorang kerana pada zaman ini mereka akan memperoleh pengalaman baharu
             untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat. Perubahan dan penyesuaian diri ini kadang kala
             mendatangkan tekanan perasaan yang mengundang padah jika tidak diselesaikan dengan bijak.
             Kebanyakan remaja mengambil dadah sebagai  alternatif untuk menghilangkan rasa bosan
             dan kerunsingan yang dihadapi. Sesetengah remaja beranggapan  bahawa pengambilan dadah
             dapat menyelesaikan masalah emosi yang dihadapi. Mereka juga mengambil dadah untuk
             mendapatkan keseronokan kerana terpengaruh dengan dunia hiburan.

                  Penagihan  dadah  menyebabkan risiko  dijangkiti HIV  atau  AIDS,  hepatitis, dan  sawan.
             Hal ini demikian kerana, penagih menggunakan alat suntik yang dikongsi bersama dengan
             rakan penagih yang lain. Pengambilan dadah oleh ibu mengandung pula dapat menyebabkan
             keguguran  dan  kecacatan  kepada  bayi  dalam  kandungan.  Oleh  itu,  bersama-samalah  kita
             memerangi dadah supaya negara ini bebas daripada cengkamannya. Penting  bagi  sesebuah
             negara untuk melahirkan generasi pelapis yang bebas daripada pengaruh dadah.

                    (Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Dadah Membunuh Masa Hadapan Negara”,
                                          oleh Muhammad Helmi Ibrahim, Dewan Siswa, November 2017)






           © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.              134
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72