Page 72 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 72

Bahasa Melayu  Ting. 4 KSSM  Pentaksiran Akhir Tahun

                                                      Bahagian B
                                                      [70 markah]
                                            [Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]

             Pilih  satu  daripada  soalan  di  bawah  ini  dan  tulis  sebuah karangan  yang  panjangnya  antara  350  hingga
             500 patah perkataan.


               1.
                      Leftenan Adnan   :  Jangan menyerah kalah! Teruskan berjuang!
                      Askar Melayu     :  Tapi peluru kita hampir habis!
                      Leftenan Adnan   :  Biar putih tulang, jangan putih mata.
                                                   (Dipetik daripada novel "Leftenan Adnan Wira Bangsa"
                                                karya Abdul latip Talib, Kementerian Pendidikan Malaysia)


                  Dialog di atas mungkin dituturkan oleh Leftenan Adnan dan askar Melayu ketika serangan tentera
                  Jepun di Bukit Candu. Peristiwa tersebut jelas mencerminkan semangat patriotik dalam sanubari
                  sepasukan askar sangat tebal sehingga rela mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan maruah
                  tanah air. Bincangkan cara-cara memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

                                                                                          Domain: Awam


               2.
                     KUALA LUMPUR:  Bersenam selama  150 minit  seminggu dengan kekerapan lima  atau
                     enam kali seminggu berupaya untuk mengekalkan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
                     kardiovaskular. Senaman berintensiti sederhana wajar dimulakan untuk memanaskan badan
                     menerusi sesi regangan bagi menyejukkan badan.
                         Pengerusi Pusat Komuniti Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan
                     Malaysia (UKM), Prof Dr. Poh Bee Koon, berkata, “saranan kerajaan menggalakkan senaman
                     selama 15 minit memberikan peluang kepada individu untuk melakukan separuh daripada
                     keperluan dalam melahirkan masyarakat yang lebih sihat dan cergas”.
                                            (Dipetik daripada rencana " Berita Harian Online, 11 April 2019)


                  Petikan akhbar di atas menerangkan kelebihan aktiviti bersenam bagi mengekalkan kecergasan
                  dan meningkatkan kesihatan. Bincangkan cabaran-cabaran dalam melahirkan masyarakat yang
                  sihat dan cergas di negara kita.
                                                  Domain: Awam



               3.
                         Seni pertahanan diri merupakan satu kaedah untuk melindungi diri daripada serangan
                     musuh. Pada zaman dahulu, seni pertahanan diri menjadi amalan bagi setiap orang,
                     terutamanya kaum lelaki. Mereka akan mempelajari dan menjadikan ilmu pertahanan diri
                     sebagai perisai diri. Kebanyakan seni pertahankan diri diwarisi sejak turun-temurun serta
                     diamalkan sebagai satu warisan budaya sesuatu kaum atau masyarakat.


                  Kamu berminat untuk menyertai seni pertahanan diri yang dianjurkan di sekolah. Tulis surat
                  kepada abang kamu  yang sedang  menuntut di  sebuah institut pengajian tinggi bagi meminta
                  pendapatnya. Tulis surat anda selengkapnya.
                                                               Domain: Diri



                                                         151                        © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77