Page 71 - Top Class KSSM Bahasa Melayu Tingkatan 4
P. 71
*skrip baharu 100%
*mengikut format spm yang baru
SPM Pentaksiran Akhir Tahun
Kertas 1
Dua jam lima belas minit
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2. Jawab soalan dalam Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.
Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan amalan gaya hidup sihat.
Huraikan pendapat anda tentang amalan gaya hidup sihat.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Amalan Gaya Hidup Sihat
Lemak rasanya buah berangan,
Lemak seperti santan kelapa;
Sayur-sayuran jadi hidangan,
Buah-buahan usah dilupa.
Terang menyinar cahaya bulan,
Terlihat indah pantai Kukup;
Rajin bersenam jadikan amalan,
Tidur hendaklah sentiasa cukup.
Kepentingan Mengamalkan Gaya Hidup Sihat
Gaya hidup sihat dapat mengurangkan pelbagai risiko penyakit kronik. Banyak dalam
kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai masalah berat badan yang berlebihan, tidak
aktif, dan perokok tegar. Ribuan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak
sihat, seperti pengambilan makanan yang berkolesterol tinggi, tidak bersenam, dan makan
secara berlebihan. Oleh itu, untuk mengurangkan risiko obesiti dan penyakit berbahaya
yang lain, misalnya sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, dan sebagainya, rakyat
Malaysia perlulah mengamalkan gaya hidup sihat.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 150

