Page 10 - Focus SPM 2021 Biologi
P. 10
Biologi Bab 3 Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma
3. Ciri-ciri bahan yang dapat merentasi membran plasma secara resapan berbantu adalah:
(a) Molekul kecil bercas seperti ion – Melalui protein liang.
(b) Molekul protein pembawa – Molekul bersaiz besar dan tidak larut lipid seperti glukosa, asid
amino dan asid nukleik.
4. Protein pembawa adalah khusus kerana setiap satu hanya boleh bergabung dengan molekul tertentu
sahaja. Contohnya, molekul glukosa hanya boleh bergabung dengan protein pembawa yang khusus
untuk molekul glukosa.
Tapak aktif
Glukosa Tingkatan Tingkatan
Protein pembawa
Pelekatan molekul Protein pembawa mengubah bentuknya Protein pembawa 4
glukosa dengan tapak untuk membenarkan molekul bergerak kembali ke bentuk
aktif protein pembawa masuk ke dalam sel asal
Rajah 3.6 Resapan berbantu melalui protein pembawa
Eksperimen 3.2
Eksperimen 2.1
Eksperimen 2.1
Tujuan: Mengkaji proses osmosis menggunakan osmometer ringkas
Pernyataan masalah: Apakah bahan-bahan yang boleh bergerak merentas membran separa telap?
Hipotesis: Osmosis berlaku apabila molekul air bergerak dari larutan yang cair ke larutan yang lebih
pekat melalui membran separa telap.
Pemboleh ubah:
Pemboleh ubah dimanipulasikan: Kepekatan larutan
Pemboleh ubah bergerak balas: Aras larutan sukrosa di dalam tiub kapilari
Pemboleh ubah dimalarkan: Isi padu larutan, masa rendaman, suhu persekitaran
Bahan dan radas: Larutan sukrosa 30%, air suling, tiub Visking, benang, gunting, tiub kapilari 35 cm
panjang, picagari tanpa jarum, pembaris, bikar 250 ml, pen penanda, jam randik
Prosedur:
1. Potong tiub Visking sepanjang 15 cm.
2. Rendam tiub Visking di dalam air selama 5 minit untuk
melembutkannya. Tiub kapilari
3. Buka tiub Visking dan ikat dengan ketat salah satu
hujung tiub menggunakan benang. Aras larutan
sukrosa pada
4. Isi tiub Visking dengan larutan sukrosa 30% permulaan
menggunakan picagari. eksperimen
Air suling
5. Ikat hujung tiub Visking satu lagi pada tiub kapilari Larutan
dengan ketat (Rajah 3.7). Tiub Visking sukrosa 30%
6. Bilas permukaan luar tiub Visking dengan air suling.
7. Apitkan tiub kapilari pada kaki retort secara menegak. Rajah 3.7
8. Rendam tiub Visking di dalam sebuah bikar berisi air suling.
35

