Page 11 - Focus SPM 2021 Biologi
P. 11

Biologi  Bab 3  Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma

          9.  Tandakan aras awal larutan sukrosa di dalam tiub kapilari dengan pen penanda pada permulaan
             eksperimen.
          10. Tandakan aras larutan sukrosa setiap 10 minit selama 40 minit. Ukur dan rekodkan kenaikan
             larutan sukrosa di dalam tiub kapilari setiap 10 minit.

          Pemerhatian:
          Aras akhir larutan sukrosa adalah lebih tinggi daripada aras awal.
          Perbincangan:
          1.  Tiub Visking bertindak sebagai membran plasma separa telap. Tiub ini mempunyai liang kecil yang
             boleh dilalui oleh molekul air tetapi molekul sukrosa tidak dapat melaluinya.
          2.  Oleh sebab kepekatan larutan sukrosa adalah lebih tinggi daripada air suling di dalam bikar, maka
             molekul air bergerak ke dalam tiub Visking. Hal ini menyebabkan aras larutan sukrosa di dalam
                Tingkatan
   4         tiub kapilari meningkat.
    Tingkatan
          3.  Pada peringkat keseimbangan, kepekatan air suling di dalam tiub Visking dan bikar adalah sama,
             maka aras air di dalam tiub kapilari tidak berubah. Hal ini kerana kadar pergerakan molekul air
             masuk dan keluar tiub Visking adalah sama.

          Kesimpulan:
          Hipotesis diterima. Molekul air meresap merentasi membran separa telap dari kawasan kepekatan air
          tinggi ke kawasan kepekatan air rendah.



        Pergerakan Bahan Merentas Membran Plasma: Pengangkutan Aktif
          1.  Pengangkutan  aktif merupakan  pergerakan
             ion dan  molekul merentasi  membran  plasma    ING A T !
                                                            INGAT!
                                                            INGAT!
             dari  satu kawasan  berkepekatan rendah ke
             kawasan berkepekatan tinggi.                Pengangkutan aktif
          2.  Bahan bergerak melawan kecerunan kepekatan,
                                                                                Bergerak
             maka  tenaga metabolisme  diperlukan.  Tenaga                      menentang
             dalam bentuk molekul ATP (adenosina trifosfat)                     kecerunan
             hanya dapat dijana oleh organisma.                                 kepekatan
          3.  Bahan  bergerak  merentasi membran  plasma
             melalui struktur protein pembawa.

                 Protein pembawa                                                          +
         Bendalir luar sel  Kepekatan Na +                                           Na +  Na
                            tinggi
                    Na +                           Na +                               Na +
                    Na +                           Na +
                                                  Na +

           Sitoplasma  Na + Kepekatan Na +             P   ATP                         P
                           rendah
                                                       ADP
               Ion Na  melekat pada        Penguraian ATP kepada ADP            Ion Na  digerakkan
                   +
                                                                                     +
                tapak aktif protein         dan P membekalkan tenaga         merentasi membran plasma.
                   pembawa                   kepada protein pembawa          Protein pembawa kembali ke
                                            untuk mengubah bentuknya               bentuk asal
                                       Rajah 3.8 Mekanisme pengangkutan aktif



           36
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16